in

Risau Jalan Sesak Sempena Tahun Baharu Cina? Ini Rancangan Perjalanan Dari PLUS

Tta Plus Hari Raya Cina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tiba sahaja musim perayaan, orang ramai pasti tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung ataupun pergi bercuti, lebih-lebih lagi menggunakan rangkaian lebuh raya yang menghubungkan bandar-bandar utama di Malaysia.


Salah satu lebuhraya yang pastinya menjadi tumpuan pastinya Lebuh Raya Utara-Selatan yang menghubungkan bahagian utara dan selatan semenanjung Malaysia dan merupakan ‘laluan utama’ mereka yang dari Kuala Lumpur untuk pulang ke kampung halaman.

Sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada minggu hadapan, pastinya ‘acara tahunan’ kesesakan lalu lintas di lebuhraya ini akan kembali dan menurut kenyataan pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS), mereka menjangka bahawa jumlah kenderaan akan meningkat sehingga 1.6 juta pada tempoh tersebut.

Plus

Oleh itu, bagi tempoh 28 Januari hingga 6 Februari, PLUS telah mengeluarkan Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan menasihatkan pengguna supaya mengikuti cadangan yang ditetapkan bagi melancarkan perjalanan.

Menurut TTA tersebut, untuk pengguna dari Kuala Lumpur yang ingin ke utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan lain-lain kawasan mereka disarankan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 10 pagi.

Cadangan waktu perjalanan tersebut juga disarankan untuk pengguna yang ingin melakukan perjalanan ke selatan tanah air seperti Johor, Melaka dan sebagainya.

Dut 404537 20190609111014 1198588 20200609143812

Dalam masa yang sama, untuk destinasi yang lebih berdekatan dengan Lembah Klang, pihak PLUS mencadangkan agar mereka meneruskan atau mula memasuki lebih raya selepas jam 1 petang bagi mengelakkan kesesakan.

Bagi pengguna yang menuju ke Kuala Lumpur pula, mereka dicadangkan untuk memasuki lebuh raya sebelum jam 9 pagi baik perjalanan dari selatan, mahupun utara.

Whatsapp Image 2022 01 26 At 12.40.10 Pm

Difahamkan, pasukan peronda lebuh raya PLUS, PLUSRonda juga sentiasa bersedia membantu sekiranya berlaku sebarang kejadian dan boleh dihubungi menerusi PLUSLine, 1800 88 0000.

Selain itu, bagi memastikan perjalanan lancar semasa memasuki dan keluar dari lebuh raya bertol, pengguna dinasihati untuk memastikan baki kad Touch ‘n Go dan e-dompet Touch ‘n Go RFID mencukupi.

Baca : RFID Rosak & Tak ‘Detect’ Dekat Tol? PLUS Nak Bagi Pelekat Ganti Percuma Dekat Korang

Fi Free Rfid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.