in

Ramai Terkejut Aunty Cina Ni Tak Nak Bayar Di Kaunter Melayu Pakai Tudung, Rupanya-rupanya Sebab…..

Featured 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai cerita berunsur perkauman yang seolah-olah sengaja mencurah minyak ke dalam api bagi mengganggu gugat keharmonian pelbagai kaum di negara ini.


Sedangkan banyak lagi kisah lain yang kita tak tahu mengenai keprihatinan, kasih sayang serta hubungan akrab yang ditonjolkan masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

Admin tertarik nak berkongsi dengan korang mengenai cerita seorang Aunty berbangsa Cina yang tak nak membayar barang yang dibeli, di kaunter yang dijaga seorang perempuan melayu sebab pakai tudung walaupun kaunter itu kosong..aishh kenapa pulak ni?

Namun korang jangan cepat melatah okay, sebab kisah ni bukan seperti yang korang sangka.

Admin ambik kisah ni daripada perkongsian seorang lelaki bernama Abd Halim Benloo Hj Omar, dan kisah ni dah jadi viral pun.

Kisah Aunty Cina, Bir Dan Melayu Bertudung

Saja jalan Econsave hari ini, ada beli barang sedikit tapi bukan aku nak cerita pasal aku jalan-jalan di Econsave. Aku nak cerita pasal “aunty” ni sebenarnya.

Okay, masa beratur tadi aku ada terdengar aunty ni borak dengan suami dia. Macam nak menangis aku dengar, kau orang tahu apa perbualan dia?

Aku translate Melayu okay, dulu aku sekolah Cina sebab itulah aku faham perbualan mereka.

Suami: Hey nasib baik you beratur barisan ini

Aunty: Yalah, kita jangan buat orang susah.

Pening juga aku fikir apa yang buat orang susah, bayar sahaja kot, akhirnya aku dengar lagi perbualan dia.

Suami: Wa pun ingat tadi suruh you beratur sini. Sebab dari jauh I sudah nampak barisan sana semua amoi Melayu pakai tudung.

Akhir sekali aku tengok apa yang mereka beli. Rupanya dia orang ada beli bir, aku pun mulut gatal berborak dengan aunty tu.

Aku: Wah aunty sudah mahu raya beli banyak bir

Aunty: Yalah beli sekarang nanti tak susah ma

Aku: Kenapa tak bayar sebelah, sebelah sana kosong ma?

Aunty: Tak mahulah, itu amoi Melayu Islam, tak mahu susahkan orang Islam angkat Ini bir, tak elok ma, sini amoi India boleh angkat.

Aku: Okay I faham.

Lepas tu aku pun blah, dalam masa sama aku dok terfikir, Kenapa kat luar sana masih ramai yang ragu-ragu dengan bangsa ni padahal okey je.

Sorry Aunty, i curi gambar you senyap-senyap.

Terima kasih aunty kerana dah selamatkan gadis-gadis bertudung tu dari dilaknat oleh Allah.

Dua

Admin confirm berjurai air mata korang lepas baca kisah ni kan? Sebenarnya ramai je rakyat Malaysia yang baik hati dan prihatin macam aunty dengan suaminya ni.

Lepas je story ni viral, maka ramai yang memberikan komen positif terhadap aunty dan suaminya ni.

Salute to uncle and auntie!

Salute To Auncle And Auntie

Brother..dalam setandan pisang tak semuanya busuk..

Dalam Setandan Pisang Tak Semuanya Busuk

Kita je selalu buat tanggapan tak elok..

Kita Selalu Buat Tanggapan Tak Elok Yang Buat Perangai Sorang Dua Je

Pengalaman dengan non muslim, tak pernah lagi mereka tak hormat kita

Pengalaman Dgn Non Muslim Tak Pernah Lagi Dorang Tak Hormat Dgn Kita
Sumber : facebook

So diharapkan cerita ni akan membuka mata kita semua untuk hidup dalam aman dan harmoni sesama bangsa lain, Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa kita sama je okay!

Baca : Sh*t Malay Biarpun Dimaki Dengan Ayat Racist, Salute Dengan Sikap Tenang Remaja Ini Tenangkan Orang Tu

Collage Bus

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.