in

“Ramai pencarum bertukar jadi pencarut” – Dibanjiri 50K Komen, Najib Harap Kerajaan Pinda Semula Syarat Terbaharu i-Sinar

Ft Nrazak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam KWSP telah mengumumkan perincian berkenaan syarat-syarat kelayakan untuk memohon i-Sinar. Sungguhpun sudah diperbaiki, ramai juga mengeluh mengatakan mereka masih tersisih kerana tak layak untuk memohon.



“Sangat² mengecewakan.. sy buat 2 kerja tapi 1 dah tutup.. hanya 1 saja sumber mana cukup untuk tampung.. sepatutnya beri kepada semua ahli walaupun tiada pengurangan caruman.. kereta cari makan sy dah jual sebab tak mampu nak bayar bulanan.”

“Tak mencarum,suruh mncarum…dh mencarum tak boleh keluar pulak…”

Begitulah keluh mereka kecewa di ruangan komen posting Najib Razak semalam yang dibanjiri lebih 50,000 komen!

Nrazak

Menurutnya, 99% komen berbunyi i-Kecewa, i-Kencing & i-Marah.

Ramai pencarum sudah bertukar menjadi pencarut.”

Umum maklum Najib Razak adalah antara ahli politik yang memberi idea dan menyokong kuat pengeluaran akaun 1 KWSP sejak dari Oktober lagi. Sikit demi sedikit kerajaan menerima cadangan tersebut dan bersetuju untuk memberi pengeluaran kepada pencarum namun meletakkan syarat-syarat tertentu.

Daripada 600,000 pencarum, sampai 8 juta ahli dapat manfaat!

Susulan itu, hari ini beliau lagi sekali mencadangkan supaya kerajaan pertimbangkan untuk tidak meletakkan apa-apa syarat untuk pencarum.

 

Katanya, pembetulan ini adalah wajar kerana :

1. Kerajaan perlu percaya dengan rakyat

Kerajaan PN patut letakkan kepercayaan pada Rakyat sebab Rakyat sendiri yang tahu jika mereka sedang berdepan dengan cabaran kewangan dan Rakyat juga faham mereka tidak akan sia-siakan simpanan masa tua mereka jika tiada keperluan mendesak.

 

2. Rakyat tak mampu tunggu lagi 2-3 bulan

Rakyat yang sedang lemas sekarang tak mampu tunggu 3 bulan lagi sebelum diberi pelampung. Pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud:

Ramai yang terdesak sudah tunggu sejak bulan Oktober,

Tapi perlu tunggu lagi sehingga 11 Januari 2021 sebelum dibenarkan memohon dengan pelbagai bukti dokumen,

Kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak.

Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya – iaitu pada akhir bulan Februari.

Sekarang baru permulaan bulan Disember.

Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?

 

3. Elak Kluster i-Sinar.

Elak Rakyat serbu pejabat-pejabat KWSP pada ketika risiko penularan Covid masih wujud. Sejak semalam, media-media melaporkan bahawa pejabat-pejabat KWSP sudahpun sesak akibat diserbu ahli.

Bayangkan berapa ramai lagi ahli yang akan terdedah kepada risiko dijangkit Covid jika mereka terpaksa beratur di pejabat KWSP untuk serah bukti dokumen jika i-Sinar masih bersyarat?

Jika skim i-Sinar tidak lagi perlukan sebarang bukti dokumen untuk diserahkan kepada KWSP, saya percaya kesesakkan di pejabat KWSP seluruh negara mampu dielakkan atau diturunkan. Risiko tercetusnya kluster Covid KWSP juga berkurang.

Jadi, saya harap kerajaan PN akan membuat satu kali lagi penambahbaikan kepada skim i-Sinar supaya ianya TIDAK BERSYARAT dan tempoh untuk pemohon menerima bayaran pertama dapat disingkatkan dari 3 bulan ke maksimum 1 bulan.

Untuk lebih terperinci, korang boleh baca kat sini.

Apa pendapat korang tentang syarat terbaharu i-Sinar semalam?

 

Baca : “i-Happy atau i-Kecewa?” – KWSP Umum Dua Kategori Layak Mohon Skim i-Sinar, Berikut Antara Perinciannya

Kwsp Keluar

Sumber: facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.