Pempengaruh media sosial, Imran Bard sekali lagi menjadi perhatian warganet apabila sebuah video ‘content’ memasak yang memaparkan Imran dan seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial.
Video itu bermula dengan normal apabila Imran memasak makanan untuk lelaki tersebut namun tidak lama kemudian lelaki tersebut mengatakan dia ajar Imran memasak.
Apa yang membuat warganet terkejut ialah lelaki tersebut kemudiannya memeluk Imran dari belakang dan mereka berdua turut melakukan pelbagai gaya romantik.
Artikel berkaitan: Beri Khinzir Minum Susu Ketika Bercuti Di Thailand, Posting IG Imran Bard Tarik Perhatian Netizen
Artikel Berkaitan: “Kau tu Nur, Muhammad, kau bukan Kim, Park” – Imran Bard Sound Cerita Adaptasi K-Drama Raih Sokongan Netizen
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam video Imran Bard itu kerana dianggap menormalisasikan budaya songsang meskipun ia hanyalah sekadar ‘content‘ atau melawak.
Ramai risau ia akan menjadi ikutan anak muda kerana ramai remaja yang mengikuti Imran Bard di media sosial.
Apa pula pendapat anda tentang isu ini?
Sumber: X @mountain_dew15