in

Ramai Dakwa Sengaja Reka Cerita, Caprice Dedah Perbualan Mondy Dengan Bodyguard Pendakwah Terkenal?

F2 Caprice Dedah Perbualan Whatsapp Mondy

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini kecoh semula tentang seorang wanita dari Indonesia dikenali sebagai Mondy yang sebelum ini dibantu oleh pendakwah terkenal Malaysia iaitu Ebit Lew apabila wanita itu membuat pendedahan tentang sikap sebenar Ebit.


Pendedahan itu dibuat oleh Mondy dalam sebuah podcast bersama Caprice namun ramai juga warganet yang tidak mempercayai kata-kata Mondy itu.

Walau bagaimanapun, Caprice menerusi Instagram semalam mendedahkan perbualan WhatsApp Mondy bersama seorang lelaki yang dikatakan merupakan pengawal peribadi dan pembantu Ebit Lew.

Ini kerana ada warganet yang mendakwa atau menuduh Caprice hanya mereka cerita tentang sikap pendakwa tersebut.

3 2 1

Dalam pendedahan menerusi Instagram tersebut, Caprice mengatakan sebelum pihak mereka memuat naik temu bual podcast mereka bersama Mondy, dia telah pun membuat laporan polis dan Mondy juga telah menjalani ujian bersama pakar psikiatri professional di hospital.

Selain itu, pihak mereka Caprice juga telah mendapat izin daripada mangsa untuk merekod perbualan WhatsApp Mondy bersama mereka-mereka yang bekerja dengan pendakwah terkenal itu.

Dapat dilihat dalam perbualan WhatsApp Mondy dengan bodyguard pendakwah itu yang dipanggil om (pakcik dalam bahasa Indonesia) bahawa lelaki itu mengatakan kepada Mondy bahawa dia menyayangi Mondy.

Menurut Caprice juga, pihak mereka tidak memfitnah sesiapa, sebaliknya hanya menggunakan platform yang ada untuk membantu mangsa-mangsa.

Sumber: Instagram Caprice 

Baca: “Kau pura-pura solat” – Lagi Teaser Podcast, Mondy Dedah Perangai Sebenar Pendakwah Terkenal?

Mondy Dedah Ebit Usap Tangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.