Kes penderaan rumah tangga yang berlaku di antara pasangan selebriti Lesti Kejora dan Rizky Billar masih hangat diperkatakan oleh netizen.
Terbaru, Detik News melaporkan bahawa sejurus selepas pulang dari umrah, Lesti telah pun menandatangani surat menarik semula laporan kekerasan dalam rumah tangga (KDRT) yang dibuat ke atas suaminya itu.
Perkara ini turut disahkan sendiri oleh jurucakap Polis Metro Jakarta Selatan Surya Darma selepas dia sendiri menyaksikan pasangan ini menandatangani surat tersebut.
Menurut Surya, surat tarik balik laporan KDRT tersebut dibuat oleh Lesti selepas bercakap selama satu jam bersama suaminya Rizky.
https://www.instagram.com/p/CiGy7FqP2Mz/
Namun begitu, pihak polis memberitahu bahawa walaupun mangsa telah menarik balik laporan tersebut, pendakwaan terhadap tertuduh tidak akan terus gugur.
Kalau mau mencabut itu silakan saja hak daripada korban, tapi itu ada mekanisme dan prosedur.”
Manakala Detik Hot pula melaporkan, Lesti telah pun memaafkan suaminya itu selepas berbincang selama satu jam di balai polis. Selain itu, penyanyi ini juga turut mengatakan kemaafan tersebut itu turut diikuti dengan perjanjian di antara dia dan Rizky.
Memaafkan. Beliau sangat berjanji tidak akan pernah mengulangi lagi.
“Sudah menuangkan dalam perjanjian. beliau meminta maaf kepada orang tua saya. Orang tua saya memaafkan.”
Menerusi carian di Twitter, ramai peminat yang menyokong Lesti membuat laporan terhadap suaminya itu telah meluahkan kekecewaan mereka dengan tindakan wanita ini.
Ramai yang merasakan Lesti tidak patut menarik semula laporan ke atas Rizky kerana bimbang pisang berbuah dua kali.
Korang rasa macam mana? Patut ke Lesti tarik balik laporan?
Baca: “Dia akan berubah” – Zarina Zainuddin Dikecam Gara-gara Mahu Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar?