in

“Ramadan terakhir”- Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Kereta Bawak Ketum

Featured 11

Dah menjadi tanggungjawab kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah setiap pagi lebih-lebih lagi sekiranya anak masih kecil dan belum tau cara yang selamat untuk pergi ke sekolah.

 

Ibu dan dua anak dalam perjalanan ke tadika dilanggar kereta bawak ketum

Namun apa yang terjadi kepada ibu dan dua anaknya ini amat menyayat hati apabila kesemua mereka meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kereta yang membawa muatan ketum.

59721363 135009450978810 7979961768959016960 N
Sumber : facebook

Memetik Astro Awani, kejadian berlaku di Kampung Nibong, Tanah Merah Kelantan kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Ketika kejadian, Nur Zurita Kadir, 26 dikatakan dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Jeli untuk menghantar anaknya Siti Husna Qaisara Adnan, 4, dan Muhammad Adam Mukhriz, 5 tahun ke sekolah tadika.

 

Tiga beranak tercampak dan maut di tempat kejadian

Namun, malang tidak berbau apabila motosikal yang ditunggangnya itu kemudiannya dirempuh dari depan oleh sebuah kereta dari arah bertentangan yang memasuki ke laluan mangsa.

Akibat daripada kejadian tersebut, mangsa dan dua anaknya dikatakan tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian.

59482375 135009407645481 4493487947210817536 N
Sumber : facebook

59524920 135009380978817 1816681856658046976 N

Adik mangsa, Zulfadli Shah Kadir, 25 tahun menerima panggilan berhubung kejadian tersebut kira-kira sejam kemudian sebelum bergegas ke lokasi nahas.

Kali terakhir saya berjumpa dengan arwah kakak pada pagi tadi di rumah ibu kerana arwah dan anaknya menumpang mandi kerana tiada bekalan air di rumah.”

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Mayat dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk bedah siasat, manakala pemandu Proton Wira turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Baca : Mimpi ngeri seorang guru Isu Kemalangan Libatkan 3 Nyawa Murid, Guru Sekolah Luah Rasa Takut Dipersalahkan Ketika Jalankan Tugas

Solat Jenazah