in

Rakyat Amerika Syarikat Mulakan Demonstrasi Menolak Pentadbiran Trump

6trump

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ribuan rakyat Amerika Syarikat turun ke jalan raya pada Sabtu dalam gelombang protes besar-besaran sebagai isyarat penolakan terhadap dasar-dasar Presiden Donald Trump.

Di ibu negara Washington sahaja, ribuan peserta memenuhi kawasan sekitar Monumen Washington berhampiran Rumah Putih sambil membawa sepanduk dengan mesej mempertahankan sistem demokrasi negara itu.


Screenshot 2025 04 06 at 12.25.08 PM

Memetik laporan Sinar Harian, lebih 1,000 perhimpunan dilaporkan berlangsung serentak di seluruh 50 negeri dengan jumlah penyertaan dijangka mencecah lebih 250,000 orang. Bagaimanapun, angka rasmi masih belum disahkan kerana banyaknya lokasi demonstrasi yang dijalankan serentak di seluruh negara.

Di New York, lautan manusia membanjiri jalanan sambil menyuarakan bantahan terhadap kepimpinan Trump dan pengaruh penasihat rapatnya, Elon Musk. Protes turut berlangsung di beberapa bandar utama lain termasuk Atlanta, Boston, Miami dan Charlotte.

Penunjuk perasaan menyatakan kebimbangan terhadap perubahan radikal yang dilakukan pentadbiran Trump sejak mengambil alih kuasa, termasuk pemecatan pegawai persekutuan secara besar-besaran dan pembubaran agensi utama seperti Jabatan Pendidikan. Tindakan-tindakan ini dilihat sebagai langkah yang menggugat kestabilan institusi kerajaan dan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat serta komuniti antarabangsa.

Screenshot 2025 04 06 at 12.25.22 PM

Penganalisis politik dan parti pembangkang memberi amaran bahawa hala tuju pentadbiran Trump kini menjadi ancaman serius terhadap demokrasi dan prinsip keadilan yang selama ini menjadi teras sistem pemerintahan Amerika Syarikat.

 

Baca: ⁠Dakwa Tidak Mendatangkan Manfaat, Trump Arah Tutup Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat

Screenshot 2025 04 06 at 12.29.09 PM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.