in

Raihan Kongsi Gambar Throwback, Pernah Dijemput Ratu Elizabeth II

Ft Raihan Queen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II diratapi oleh rakyat dari seluruh dunia termasuklah di Malaysia, ramai yang menzahirkan rasa simpati terhadap pemergiannya dan mengucapkan takziah. Antaranya adalah kumpulan nasyid lagenda yang pernah bersemuka dengan mendiang Ratu Elizabeth iaitu Raihan.


 

Pernah dijemput Ratu Elizabeth

Menerusi Instagram rasmi yang dikongsikan oleh Raihan, dalam ucapan takziahnya kepada keluarga Diraja Britain dan seluruh rakyatnya itu, Raihan kongsikan sekeping foto kenangan bersama Ratu Elizabeth II.

Mereka menyatakan bahawa mereka telah pernah dijemput oleh ratu untuk buat persembahan nyanyian di mesyuarat ketua-ketua kerajaan komanwel di Edinburgh.

Tambah mereka, gambar di atas ini merupakan gambar sewaktu mereka menerima kunjungan ratu ketika berada di synchrosound, Petaling Jaya.

Raihan yang bakal mengadakan konsert Garis Masa pada November ini turut menyatakan bahawa mereka akan membawa banyak lagi kisah mereka dalam konsert nanti.

Sebagai rujukan, Garis Masa Concert Raihan bakal dijalankan pada 22 November 2022 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang baru tahu mengenai hal ini.

“Bapak aku dulu pernah citer ada group nasyid malaysia pernah perform depan queen akhirnya aku dapat tahu group tu Raihan.”

Baca : Tak Ada Passport & Lesen Serta 5 Lagi Fakta Menarik Pasal Ratu Elizabeth II

Rgebfs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.