in

Mahu Simpan Lebihan Lauk Berbuka Untuk Sahur Tapi Takut Basi? Ini Tips Buat Anda

Cats 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, lebihan lauk semasa berbuka akan disimpan untuk dimakan semula buat santapan sahur pada keesokan harinya. Selain daripada dapat mengelakkan berlakunya pembaziran, cara ini juga sesuai buat anda yang malas untuk memasak pada pagi-pagi buta.


Butterkicap Ayam Percik Panggang Pedas 1024X768 1

Namun, bagaimana nak pastikan agar lauk tersebut tidak basi sehingga tibanya waktu sahur? Seorang gadis ada berkongsikan tips ini di laman Twitter.

Baca perkongsian penuh beliau di bawah:

TIPS UNTUK LAUK TIDAK MUDAH BASI/ROSAK:

1. Seeloknya di FROZEN kan, bila nak makan baru nyahbekukan kemudian panaskan.

2. Kalau makanan tu yang berbuka tadi pastu nak makan sahur karang, simpan dalam peti ais je pUn boleh, tak payah bekukan (sebab tak lama), kalau nak makan besoknya ke lusa ke sila ikut step 1.

Artist Mark Menjivar Refrigerator Study

3. Kalau simpan dalam peti ais tu jangan lupa tutup pulak, jangan letak mangkuk seketul dalam peti ais dan dibiarkan terdedah.

4. Jangan sesekali senduk lauk guna sudu yang kita makan, pakai sudu bersih untuk kaut lauk.

5. Jangan sesekali sentuh lauk guna tangan, pakai sudu ya kawan2.

6. Kalau makanan tu banyak dalam 1 bekas, boleh buat makan 3x, haa asing kan teros dalam 3 bekas, then FROZEN kan, senang, bila nak makan panaskan 1 bekas yang nak makan je.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua.

Kredit: burungpipitlah

 

BACA: Jangan Terus Berus Gigi Anda Lepas Sahur, Ini Sebabnya

Cats 15

Sumber: ButterKicap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.