in

“Queen of Lagu Raya!” – Album Raya Siti Nurhaliza Juarai Carta Spotify Walaupun Dah 19 Tahun ‘Release’!

Untitled Design 2022 05 10T125418.734

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Raya Aidilfitri ibarat tidak lengkap tanpa dendangan lagu-lagu raya, tidak kiralah muzik yang lama atau yang baru.


Lagu raya ini bukan sahaja memeriahkan suasana, ia juga menggambarkan mood gembira kita pada hari perayaan itu. Lagi-lagi tahun ni first time raya ‘all out’ lepas dua tahun kan?

Walaupun banyak lagu raya baru yang dikeluarkan oleh artis-artis tempatan, lagu-lagu lama masih menjadi siulan ramai orang, ini kerana karya lama mempunyai elemen yang lebih evergreen dan lebih ‘melekat’ dalam kalangan pendengar.

Itulah yang terjadi kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Sri Siti Nurhaliza apabila albumnya Anugerah Aidilfitri yang dikeluarkan pada tahun 2003 tiba-tiba menjuarai carta aplikasi penstriman, Spotify.

Untitled Design 2022 05 10T124101.905

Walaupun album tersebut sudah pun mencecah usia 19 tahun, ia membuktikan lagu-lagunya masih relevan sehingga tahun ini! Album Anugerah Aidilfitri ini menampilkan lagu-lagu raya ikonik seperti Sesuci Lebaran, Nazam Lebaran dan Air Mata Syawal.

Menurut tweet daripada Spotify Malaysia Chart Data, album penyanyi yang mesra disapa Tok Ti itu menjadi album solo Malaysia pertama yang menduduki tempat pertama dalam carta Spotify Weekly Top Albums Malaysia. 

Perkara itu juga menarik perhatian netizen dan ramai yang menyamakan penyanyi kesayangan Malaysia itu dengan penyanyi ternama Mariah Carey kerana mereka berdua ibarat Queen untuk lagu-lagu perayaan.

Cats 4

“Sesuci…ha nyanyi sekali!”

Baca: “Goosebumps tengok!” – [VIDEO] Lagu Raya Ciptaan Pelajar Sekolah Seni Perak Buat Netizen Teruja!

Untitled Design 2022 05 09T165832.643

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.