in

Putin Dijangka Hadir Ke Sidang Kemuncak ASEAN Hujung Minggu Ini

collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Russia, Vladmir Putin dilaporkan mempertimbangkan kehadiran ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bakal berlangsung hujung minggu ini. Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, setakat ini Perdana Menteri berkata hanya Timbalan Perdana Menteri Russia yang disahkan akan akhir ke sidang kemuncak tersebut.


putin15 1761025039

Artikel Berkaitan: Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Dilantik Jadi Pengiring Presiden Donald Trump

Artikel Berkaitan: “Level confident tinggi”- Netizen Puji Keberanian Adik Zaza Berucap Di Persidangan ASEAN Tempoh Hari

“Beliau memberitahu saya di Beijing (sebelum ini bahawa) beliau akan mempertimbangkan dengan serius perkara (kehadiran) ini. Tetapi buat masa ini, dia menghantar Timbalan Perdana Menteri, tetapi kita akan tahu pada hari ini akhirnya, sama ada dia akan datang.”

“Dia berkata dia berminat untuk datang, dan kita akan lihat. Namun, secara rasmi, hanya Timbalan Perdana Menteri yang akan datang buat masa ini,” katanya ketika ditemui media selepas menghadiri Forum Ilmu PNB 2025, hari ini.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara rasmi mengesahkan kehadirannya ke persidangan ASEAN ke-47 di Malaysia sekaligus mengadakan siri lawatan ke Asia hujung bulan ini, lapor stesen penyiaran NHK World Japan hari ini.

“Saya akan berada di Malaysia, Jepun dan beberapa negara lain. Kami akan melakukan sedikit lawatan,” katanya ketika ditemu bual pemberita semalam.

Trump akan menghadiri persidangan ASEAN di Malaysia bermula Ahad ini dan dijangka ke Jepun pada Isnin selama kira-kira tiga hari.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang bertemakan “Keterangkuman dan Kemampanan”, kali ini dijangka menjadi platform penting memperkukuh hubungan antara negara anggota ASEAN dan rakan dialog utama termasuk Amerika Syarikat, China, Jepun, Russia dan India.

Sebagai tuan rumah dan Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia memainkan peranan penting bagi memperkukuh kerjasama politik, ekonomi dan sosial budaya.

Sumber: Berita Harian , Kosmo 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.