Dalam Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2022 yang berlangsung sejak semalam, Ketuanya, Zahida Zarik Khan menyatakan bahawa kegagalan Umno untuk menghargai Najib merupakan punca pengaruh parti itu semakin merosot.
Malah, Puteri Umno juga anggap bekas Perdana Menteri itu persis Hang Tuah dimana hanya diharga selepas Najib Razak ‘hilang’.
“Inilah yang berlaku kepada fenomena Bossku yang sangat difahami oleh lawan tetapi kurang dimanfaatkan oleh kawan, seperti cerita Hang Tuah. Apabila susah barulah ramai yang bercakap alangkah baiknya kalau Hang Tuah masih hidup.”
Menerusi malaysiakini, Zahida turut mendakwa bahawa parti lawan Umno menyedari bahawa Najib merupakan ‘senjata’ yang paling digeruni, sebab itulah langkah melenyapkannya dilaksanakan.
Jelasnya lagi, biarpun tewas dalam PRU ke-14, Umno & BN masih ada memenangipilihan raya negeri di Melaka dan Johor.
“Senjata kita yang paling berkesan ialah orang yang bergelar “Bossku” dan dialah juga paling ditakuti oleh lawan. Hanya bersenjatakan laman Facebooknya, dua perdana menteri tersungkur.”
“Masihkah kita ingat setiap kali beliau turun mengadakan road show Barisan Nasional digeruni?”.
Tambah Zahida lagi, Umno tidak cukup mencari keburukan pemimpin lawan dan gagal membina naratif bagi melakukan pembnunuhan karakter dan mencipta fitnah.
“Umno hanyalah kilang melahirkan pemimpin khidmat dan pembangunan. Kita gagal melahirkan penembak tepat, penabur fitnah dan pembunuh karektor mereka satu per satu.”
Dia juga menegur ahli parti juga gagal mencontohi parti lain dalam mempertahankan ketua masing-masing. Katanya, selain musuh luar ada juga pihak dalaman yang akan cari jalan untuk jatuhkan pemimpin sendiri.
Baca : Ketua Hakim Negara Dakwa Terima Ugutan Bunuh Ketika Pengerusikan Panel Rayuan Najib Razak