in

Puteri Sarah Terkedu Bila Anak Tanya ‘Betul ke ayah kahwin lain?’

Ft Puteri Sarah Jawab Soalan Anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah rumah tangga Syamsul Yusof masih lagi menjadi bualan yang hangat diperkatakan oleh warga maya.



Namun baru-baru ini, Puteri Sarah Liyana terkedu apabila anak lelakinya tiba-tiba bertanya sama ada bapanya, Syamsul Yusof sudah berkahwin lain dan mengapa bapanya itu sudah lama tidak pulang ke rumah.

Tak terjawab soalan Syaikhul

Screenshot 941Dw 980X1536 1

“Baru balik daripada photoshoot. Sampai rumah, Syaikhul tanya saya, ‘Mama, betul ke ayah kahwin lain?”

“Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain?” tulisnya.

Menerusi posting yang dikongsikan di akaun Instagram peribadinya, Puteri Sarah meluahkan rasa terkedu apabila menerima soalan daripada Syaikhul yang baru sahaja berusia enam tahun.

Dalam hantaran yang sama, Puteri Sarah sempat menitipkan pesanan buat lelaki di luar sana agar berfikir semula akibat seandainya mereka mahu hidup berpoligami.

“Lelaki-lelaki di luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya. Dan, fikir apa akibatnya,” tulis Puteri Sarah di postingnya.

Screenshot 2023 01 25 112944

Terdahulu, suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa dia sudah berkahwin dengan isteri kedua dengan anak pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar di Thailand.

Susulan kejadian tersebut, Puteri Sarah tekad meneruskan proses memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu dan Mahkamah Syariah menetapkan 7 Mac sebagai hari sebutan tarikh.

Semoga dipermudahkan urusan semua pihak yang terlibat…

Baca : Puteri Sarah Ada Jalan Lain Jika Syamsul Yusof Enggan Cerai – Peguam

Peguam Puteri Sarah 758X399 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.