in

“Pusat Covid sedang buat persediaan” – Doktor Beri Amaran Gelombang Baru Covid-19 Dijangka Berlaku Bulan Depan

Collage 34

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, kes di Malaysia kena sedang meningkat naik. Semalam sahaja, kita telah mencatatkan sebanyak 5, 413 kes dan 40 kematian direkodkan.


Baru-baru ini, melalui ciapan di Twitter, Doktor Azfar Kamal dari Hospital Sungai Buloh telah memberitahu tentang keadaan terkini kes Covid-19 di Malaysia.

Azfar telah meminta rakyat Malaysia untuk berjaga-jaga kerana dijangkakan gelombang baru Covid-19 akan berlaku pada bulan Disember ini.

Katanya lagi, kes akan meningkat dalam masa dua minggu ini dan Pusat Covid sedang dalam penyediaan untuk menghadapi gelombang seterusnya ini.

Af Msiaicu 3005

Rakyat Malaysia yang dikasihi, harap maklum yang kita sekarang sedang menjangkakan gelombang Covid-19 yang seterusnya pada Disember 2021.

Akan ada peningkatan kes dalam masa dua minggu. Pusat Covid kini dalam persediaan untuk menghadapi gelombang seterusnya ini.

Wad aktif kami dan ICU kini penuh dengan pesakit kategori 4 dan 5.”

Selain itu, Azfar turut menasihatkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP dan kerap membasuh tangan serta bagi orang yang mahu membuat perjalanan ke luar negara, dinasihatkan untuk mengambil vaksin penggalak secepat mungkin.

Sila patuhi SOP, basuh tangan anda, jaga jarak anda, sentiasa pakai pelitup muka dan elakkan kontak rapat.

“Untuk yang mahu membuat perjalanan ke luar negara, sila dapatkan dos penggalak vaksin secepat mungkin. Kekal selamat.”

 

Baca: 2 Kes Pertama Covid-19 Varian Delta Plus Dikesan Di Malaysia – KKM

Screenshot 2021 11 17 At 11.52.38 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.