in

Punyalah Semangat Tunggu Parcel Sampai, Beli iPhone Murah Tapi Yang Sampai ‘Coffee Table’ Bentuk iPhone!

Ft Beliiphone

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Inilah contoh kenapa pentingnya untuk kita baca description produk dan periksa semua maklumat dengan teliti sebelum beli barang online! Masalahnya, ini bukan pertama kali tau! Banyak dah cerita kita dengar yang lebih kurang sama, tertipu dengan produk dibeli secara atas talian.


Seperti seorang remaja lelaki dari Thailand ini, bukan tertipu tapi sebenarnya salah diri sendiri tak periksa betul-betul. Menurut Oddity Central, remaja yang tidak didedahkan nama itu telah membeli iPhone secara atas talian baru-baru ini.

Iphone

Difahamkan, dia terjumpa posting iPhone yang dijual dengan harga yang murah dan tidak mahu lepaskan ‘peluang’ itu dan terus purchase. Walaupun shipping cost lebih mahal daripada biasa, dia abaikan saja dan tetap membeli iPhone tersebut.

Tunggu punya tunggu, bila parcel tiba dia terkejut melihat kotak yang sepatutnya berisi iPhone dibelinya itu bersaiz besar. Memang besar, lebih kurang tinggi dia kotak tu!

Ketika itulah dia mula rasa tak sedap hati dan tau sesuatu yang tidak kena berlaku. Lepas buka kotak tersebut, barulah remaja itu tahu yang dia sebenarnya beli coffee table berbentuk iPhone! Patutlahhh shipping cost mahal…

Iphone1

Iphone2

Kalaulah dia baca betul-betul description produk takdelah dia ‘tertipu’ macam ni kan! Remaja itu kemudian mengambil beberapa gambar dan muat naik di media sosial membuatkannya kisahnya mendapat perhatian ramai.

Tidak dinyatakan berapa jumlah kos dibelanjakan remaja itu untuk membeli ‘iPhone’ tersebut namun ramai berkata sekurang-kurangnya dia tidak kerugian besar hingga ribuan ringgit. Bayangkan kalau dia spend sampai beribu untuk beli ‘iPhone’ sekali yang sampai benda lain. Lagi parahhh!

Iphone3

JANGAN LUPA BACA DESCRIPTION SEBELUM PURCHASE YE!

Baca: Lelaki Beli Khemah Masa Sale 11.11, Sekali Sampai Muat Kepala Je…

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.