in

Pulau Pinang Mula Beralih Ke Fasa 2 PPN Rabu Ini, Kedah Dijangka Menyusul Dalam Masa Terdekat

Fi Ppn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas 5 buah negeri, Pulau Pinang pula menjadi negeri terbaru yang beralih fasa kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Rabu ini



Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, peralihan ini dibuat selepas negeri tersebut mencapai tiga nilai ambang fasa kedua PPN. Beliau turut menambah, bahawa kes purata kes jangkitan selama tujuh hari di Pulau Pinang adalah sebanyak 9.5 kes per 100,000 kes sehari.

Ppn 2

“Kadar penggunaan katil wad unit rawatan rapi (ICU) pula berada pada tahap sederhana manakala kadar vaksinasi lengkap dua dos ke atas populasi dewasa pula sudah capai 10.1 peratus.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini meneliti pembentangan peralihan fasa bagi negeri di bawah PPN.

“Berdasarkan tiga indikator ini dan penilaian terperinci agensi termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju untuk melaksanakan peralihan fasa PPN bagi Pulau Pinang berkuat kuasa 7 Julai ini,” katanya lapor Harian Metro.

 

Kedah dijangka beralih ke Fasa 2

Dalam perkembangan lain pula, Kedah turut dijangka akan beralih ke fasa kedua PPN tak lama lagi. Perkara ini dapat dilaksanakan apabila kerajaan negeri, sedang melakukan beberapa usaha bagi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan.

Selain itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, beliau menyatakan antara usaha tersebut adalah dengan mempertingkat program pemberian vaksin kepada rakyat negeri tersebut mengikut bekalan yang diterima.

Di samping itu, Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) turut akan digerakkan untuk beri vaksin kepada golongan pekerja industri di daerah Sungai Petani, Kulim dan Alor Setar.

“Mungkin Kedah tidak lama lagi akan masuk fasa kedua PPN selepas Sabah kerana kita sudah mencapai jumlah vaksinasi lengkap lebih sembilan peratus.

“Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) juga sedang dilaksana membabitkan kluster industri terutama di Sungai Petani yang pastinya dapat mengawal penularan Covid-19 dan memutuskan rantaian virus di kawasan berkenaan,” katanya menurut sumber.

Sehingga kini, negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis beralih ke fasa kedua PPN berkuatkuasa semalam. Ia dapat direalisasikan setelah negeri-negeri tersebut berjaya memenuhi semua nilai ambang termasuk mencatat liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus dalam kalangan penduduknya.

 

Baca : Sekolah Dibenarkan Dibuka di Negeri Fasa 2 PPN, Terhad Kepada Murid Kelas Peperiksaan

Ft Sekolahbuka

Sumber: Malaymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.