in

Sekolah Dibenarkan Dibuka di Negeri Fasa 2 PPN, Terhad Kepada Murid Kelas Peperiksaan

Ft Sekolahbuka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekolah di negeri yang beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dibenarkan beroperasi untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka. Bagaimanapun, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata ia terhad kepada murid kelas peperiksaan sahaja.


Menurut Harian Metro, keputusan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi Fasa 2 PPN di mana sekolah dibenarkan beroperasi untuk sesi PdP secara bersemuka namun hanya untuk murid kelas peperiksaan sahaja.

Sekolah1

MKN juga turut memberikan kebenaran pergerakan rentas negeri dan daerah bagi guru serta murid kelas peperiksaan yang terbabit sekiranya sekolah dibuka.

Walau bagaimanapun, KPM ingin memaklumkan bahawa Takwim Persekolahan KPM tahun 2021 adalah kekal seperti diumumkan Menteri Kanan Pendidikan dalam sidang media pada 6 Jun lalu.”

Ini bermakna, sesi PdP bagi murid kelas peperiksaan di negeri Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang akan terus dilaksanakan secara pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga cuti pertengahan penggal yang akan bermula pada 16 Julai ini bagi negeri Kumpulan A dan 17 Julai ini bagi negeri Kumpulan B.”

KPM akan membuat pemakluman lanjut tentang pengoperasian sekolah sekurang-kurangnya seminggu sebelum penggal persekolah bermula iaitu seperti yang dijadualkan pada:

  • 25 Julai ini bagi negeri Kumpulan A
  • 26 Julai ini bagi negeri Kumpulan B

Baca: “Kalau tak dtg diberhentikan kerja” – KSM Terima Banyak Aduan, Majikan Ugut Pekerja Tetap Hadir Ketika PKPD

Ft Majikanpkpd

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.