Virus Covid – 19 yang menyerang seluruh dunia kini dikatakan mampu menyerang otak.
Berdasarkan kajian awal yang diketuai pakar imunologi Yale, Akiko Iwasaki, pesakit Covid – 19 yang mengalami sakit kepala, kekeliruan serta keceliruan berkemungkinan diserang oleh virus itu di bahagian otak.
Bagaimanapun katanya kajian ini masih berada pada tahap awal. Namun, menurutnya sel-sel otak oksigen berkemungkinan untuk membengkak kerana virus tersebut dapat meniru dan terhasil dengan banyak dalam otak.
Namun pihaknya sehingga kini belum dapat mengesan punca berlakunya perkara tu.
Bahaya ni!
Adalah penting untuk mengkaji dengan lebih mendalam kesan virus kepada otak secara langsung atau tidak. Kajian penyelidik juga perlu dikaji dan disahkan oleh rakan kajian yang lain. – Ketua Jabatan Neurologi di University of California, San Francisco, S Andrew Josephson
Perkara ini tidak mengejutkan bagi beliau kerana sebelum ni SARS-CoV-2 menghalang aliran darah ke bahagian otak, struktur yang mengelilingi darah selain menyekat bahan asing.
Namun begitu, menurut doktor kesan neurologi yang berlaku adalah hasil tindak balas imuniti yang tidak normal. Penyelidikan lanjut sedang dijalankan.
Lapor Berita Harian
Baca : Saintis Dakwa Nyanyi Lagu Happy Birthday Boleh Sebarkan Covid-19?