in

“Pulak dah” – DBKL Tukar Fikiran, Kedai Makan Dibenarkan Beroperasi Hingga Jam 2 Pagi Mulai Hari Ini

Pjimage 2020 09 14T091448.542

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Khamis lalu, Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan yang operasi kedai makan dan kedai serbaneka boleh dilanjutkan sehingga jam 2 pagi.

Namun, pada 11 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat keputusan yang dorang mahu mengekalkan waktu operasi premis setakat jam 12 malam sepanjang tempoh PKPP ini.


Namun, pada 13 September, Kementerian Wilayah dengan kerjasama DBKL telah menukar fikiran dan bersetuju untuk mengikut jejak Selangor melanjutkan watu operasi kedai makan dan serbaneka sehingga jam 2 pagi seperti yang disarankan oleh Majlis Keselamatan Negara.

589006

Menurut Bernama, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengatakan yang beliau dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham A Dahlan telah pun berbincang mengenai kerugian yang akan dialami jika perniagaan-perniagaan ini tak dibenarkan beroperasi sehingga waktu yang disarankan.

Kalau dorang (peniaga) tak mengancam keselamatan yang telah dinilai oleh MKN, saya setuju DBKL benarkan mereka beroperasi hingga jam 2 pagi.”

Hasilnya, mulai hari ini, semua kedai makan dan kedai serbaneka akan dilanjutkan operasi sehingga jam 2 pagi.

 

Baca: Waktu Operasi Premis Perniagaan di Kuala Lumpur Kekal Jam 12 Tengah Malam, Bukan 2 Pagi

Tutup Jam 12

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.