Macam-macam cara yang ahli politik akan buat untuk menawan hati para pengundi untuk memilih mereka sebagai pemimpin kepada sesuatu kawasan dan juga negara. Untuk pengetahuan korang, mengadakan kempen sebenarnya bukanlah senang dan mengambil kos yang tinggi sebenarnya.
Calon-calon yang bertanding juga sudah tentu akan menggunakan segala medium sebaiknya dan berfikiran kreatif dalam mengadakan kempen.
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan seorang calon yang sedang mengadakan kempen di media sosial dan meraih perhatian ramai netizen.
MP Kepong buat kempen guna tema K-Pop
Sebuah hantaran telah dikongsikan di Twitter yang memaparkan seorang ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng telah memuatnaik gambar kempen bertemakan K-Pop.
U ask, u get.
TWICE dan saya akan gegarkan PRU15 kali ini.
Saya adalah calon yang 'Talk that Talk' dan akan memberikan yang terbaik untuk org Kepong!
Saya usahakan utk pastikan org Kepong sentiasa 'Feel Special'
UNDI CALON PH NO 4 DI KEPONG!#4Kepong#P114#LLE pic.twitter.com/qtNyjrBlkW
— LIM LIP ENG (@limlipeng) November 5, 2022
Menerusi hantaran tersebut, poster daripada sebuah kumpulan K-Pop iaitu TWICE telah digunakan sebagai bahan kempen dan dikatakan bertujuan untuk menarik pengundi muda untuk memilihnya sebagai pemimpin untuk pilihan raya kali ini.
“TWICE dan saya akan gegarkan PRU15 kali ini. Saya adalah calon yang ‘Talk that Talk’ dan akan memberikan yang terbaik untuk org Kepong! Saya usahakan utk pastikan org Kepong sentiasa Feel Special”
Selain daripada itu, dia juga telah memasukkan beberapa hashtag di dalam poster tersebut seperti #P114, #LLE4Kepong, #pakatanharapan, #roadtoperdanaputra, dan ‘SPECIAL PRU15 SINGLE: Formula of Winning LLE+TWICE.
Raih perhatian netizen untuk beri pelbagai reaksi
Kalau dilihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap kempen itu kerana dikatakan sangat kreatif dan unik dilakukan oleh sesetengah calon pilihan raya di negara ini. Yelah, memandangkan pengundi 18 tahun ke atas dah boleh mengundi kenalah ada cara baru…
Namun, ada juga netizen yang mempertikaikan kempen tersebut yang difahamkan tidak serius dalam mengadakan kempen dan seperti mempolitikkan muzik industri K-Pop untuk kepentingan diri sendiri semata-mata.
Wah kreatif! Apa pendapat korang?
Baca: PRU15: Adam Adli Dedah Harta Bersih Hanya RM18,878 Undang Pelbagai Reaksi Netizen