in

Protes Dengan Kerajaan, Pasukan Bola Sepak Iran Enggan Nyanyi Lagu Kebangsaan Di Piala Dunia

Iran Piala Dunia E1670034326572

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasukan bola sepak Iran enggan menyanyikan lagu kebangsaan mereka di Piala Dunia sebelum perlawanan pembukaan menentang England semalam, ia berikutan ramai penyokong negara itu menuduh skuad tersebut menyebelahi tindakan keras kerajaannya terhadap pergolakan yang berterusan.

Semasa lagu kebangsaan itu dimainkan, beberapa peminat berteriak dan mengejek skuad itu malah terdapat juga beberapa penonton memegang papan tanda bertulis “Wanita, Kehidupan, Kebebasan”.


Iran Wc

Menurut laporan New Straits Times, difahamkan televisyen negara Iran tidak memaparkan pemain yang berbaris untuk lagu kebangsaan sebelum perlawanan berlangsung di Qatar itu.

“Kami semua sedih kerana rakyat kami dibunuh di Iran tetapi kami semua berbangga dengan pasukan kami kerana mereka tidak menyanyikan lagu kebangsaan — kerana ia bukan (lagu kebangsaan kami), ia hanya untuk rejim.” kata seorang Peminat Iran yang menghadiri Piala Dunia.

Sebagai info, protes besar-besaran oleh rakyat Iran terhadap kerajaan negara tersebut semakin membuak kebelakangan ini, ia tercetus selepas kematian seorang gadis, Mahsa Amini ketika dalam tahanan pada September lalu.

Mangsa tersebut baru sahaja berusia 22 tahun, dia ditahan polis kerana didakwa melanggar peraturan menutup aurat.

Baca: Ramai ‘Amazed’ Lihat Piala Dunia di Qatar, Majlis Dimulakan Dengan Ayat Suci Al-Quran

Piala Dunia Opening 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.