in

PRN Sabah: Risau Jangkitan Covid-19, Pengundi Hadir Dengan Kostum Power Rangers

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasannya, superhero akan mengorbankan nyawa mereka sendiri dengan melawan pihak musuh secara bermati-matian. Namun, lain pula yang terjadi di Sabah apabila Power Rangers dilihat turun mengundi seperti manusia biasa.


Suanasana ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi meriah apabila seorang pengundi hadir dengan memakai kostum watak adiwira dalam Power Rangers. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di pusat membuang undi, Sekolah Menengah Kebangsaan Tansau, Penampang.

Kelibat individu berkenaan berjaya dirakam oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta beberapa pengundi lain, yang kemudiannya tular di beberapa platform media sosial dan aplikasi Whatsapp.

Mungkin kerana khuatir dengan jumlah jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negeri Sabah, lelaki tersebut hadir dengan cara tersendiri. Kata orang, mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Untuk perkembangan terkini PRN Sabah, proses mengundi sudah pun tamat pada jam 5 petang lepas. Keputusan bakal dibuat oleh pihak SPR yang dijangka dilakukan pada malam ini.

 

BACA: Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan Positif Covid-19 Selepas Berkempen di Sabah

Sumber: Awani
Sumber: Awani
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.