in

“Apa masalah dia” – Viral! Gelandangan di Komtar Didakwa Kena Pukul & Rotan Teruk, 2 Individu Akhirnya Ditahan

My Post 2021 10 14T101510.426.Jpg

Ni jenis tak reti cakap elok-elok ke?

Polis Diraja Malaysia telah menangkap dua penyelia pembersihan yang didakwa telah memukul dua individu termasuk orang gelandangan dan peminta sedekah dipercayai orang kelainan upaya (OKU) di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) Pulau Pinang.

Memetik laporan dari Berita Harian, dua lelaki tempatan berusia 27 dan 43 tahun ini telah ditahan selepas laporan polis dibuat oleh salah seorang mangsa pada 10 Oktober lalu.

Rotan 1.Jpg

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengatakan yang mangsa didakwa melihat dua suspek ini memukul gelandangan kurang upaya berdekatan sebuah bank pada jam 2 petang, 6 Oktober lalu.

Selain itu, mangsa turut kongsikan video tindakan dua suspek tersebut yang dirakam melalui telefon bimbitnya.

“Mangsa mendakwa dia turut dipukul oleh dua lelaki tersebut selepas mereka menyedari mangsa merakam perbuatan mereka.

“Mangsa dipukul berkali-kali sehingga mengalami lebam di belakang badan, siku kanan dan betis kiri dan telah mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang.”

Bukan itu sahaja, Soffian turut mengatakan siasatan awal dari pihaknya mendapati kedua-dua suspek ini sering memukul peminta sedekah atau gelandangan yang berada di lokasi tersebut kerana mendakwa golongan ini sering membuat kotor di kawasan terbabit.

Ketika pihak polis menahan dua suspek ini, dua batang rotan turut dirampas dipercayai rotan yang sama digunakan untuk memukul mangsa.

Rotan 3.Jpg

Semakan mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah namun ujian air kencing kedua-dua suspek negatif dadah.

“Mereka telah selesai direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera dengan senjata.

“Kertas siasatan juga telah lengkap dan akan diserahkan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi mendapatkan arahan lanjut.”

Soffian turut menasihatkan orang ramai untuk tak mengambil sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang hingga mendatangkan mudarat kepada orang lain.

Sebelum ini juga, beberapa video rakaman dari insiden ini telah tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki mendakwa dia dan seorang gelandangan OKU dipukul oleh beberapa individu hingga menyebabkan kemarahan orang ramai.

 

Baca: “You ada bini anak mau jaga” – [VIDEO] Lelaki Beri Makanan Pada Gelandangan, Cara Menjawabnya Prihatin Jentik Hati Netizen

Screenshot 2021 10 14 At 12.53.06 Pm

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook