in

“Positif dadah” – [Video] Lelaki Tumbuk Pegawai Bomba Yang Nak Bantu Padamkan Kebakaran Kereta Miliknya

Bomba

Sejak semalam viral di media sosial apabila video seorang lelaki menyerang pegawai bomba yang cuba membantunya.

Video viral yang meraih 7K perkongsian sejak ia dimuat naik di laman Twitter semalam dikatakan  berlaku di Bandar Tun Hussein Onn menghala ke Cheras Selatan, terdapat kemalangan berlaku disitu.

Pada mulanya, pemandu tersebut disangkakan mabuk kerana dilihat pegawai bomba cuba ‘kawal’ seorang lelaki.

 

Maki hamun, tumbuk bomba tengah buat kerja

Dalam kiriman lain yang meraih 4K jumlah retweets, ada satu rakaman video menunjukkan beberapa pengguna jalan marah dengan tindakan lelaki tersebut.

Difahamkan dia penyebab kemalangan jalanraya, dalam rakaman video berdurasi 24 saat itu, dilihat perakam meminta untuk lelaki tersebut untuk di tangkap kerana dikhabarkan kereta perakam juga terlibat dalam kemalangan.

Sementara itu, lelaki berbaju warna kelabu memarahi pegawai bomba, dan anggota lain cuba meredakan keadaan, namun begitu individu tersebut membuat tindakan agresif menumbuk lengan salah seorang anggota bomba sebelum lelaki itu dikerumuni dan dihempap oleh anggota bomba yang lain.

 

Suspek positif dadah

Walaubagaimanapun, Astro Awani melaporkan bahawa anggota bomba ketika itu sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata , kejadian berlaku pada 10.40 pagi ketika bomba sedang memadamkan kebakaran sebuah kereta yang terlibat dengan kemalangan dan suspek datang mengaku sebagai pemilik kereta.

Suspek kemudian menjadi agresif dengan meluru ke arah seorang anggota bomba dan menumbuk lengan sebelah kiri anggota tersebut sebelum ditahan dengan bantuan orang awam di tempat kejadian.”

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapai bahawa lelaki berusia 30-an itu positif dadah dan akan dibawa ke Mahkamah Kajang pada hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan polis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan Siasatan kes kemalangan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Baca : “Sampai berdarah, baju terkoyak” – [VIDEO] Pakcik Dibelasah OKU Gara-gara Tegur Tak Boleh Bawa Masuk Motor?

Oku