in

Polis Terima Laporan Dakwa Pengawal Peribadi Orang Kenamaan Belasah Pemandu E-hailing OKU

Ft Pengawal Peribadi Tmj 0Disyaki Pukul Oemandu E Hailing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis hari ini mengesahkan bahawa mereka menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa telah dipukul oleh pengawal peribadi orang kenamaan di sebuah hotel semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian berkenaan.


Pengadu seorang OKU

Mohd. Shuhaily Mohd. Zain Re

“Kita masih menyiasat, setakat ini belum ada sebarang tangkapan. Pengadu dalam kes ini memang seorang orang kurang upaya (OKU).”

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.

Difahamkan, Harian Metro melaporkan bahawa seorang pemandu e-hailing membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields, semalam.

Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa dia ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan kenderaannya. Susulan itu, mangsa kemudian membuat laporan polis selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.