in

Polis Tahan Lelaki Tular Curi Tong Gas Di Kedai Runcit, Jumpa Masa Tengah ‘Minum’?

Sa 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang ingat sebelum ini viral kisah seorang lelaki yang telah bertindak selamba mencuri tong gas dengan memanjat pagar rumah seorang wanita sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.


Video tersebut meraih pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata daripada mereka mengecam perbuatan lelaki tersebut yang dikatakan seperti terdesak untuk mendapatkan wang. Ada juga yang meminta pihak berkuasa untuk mengesan lelaki tersebut.

Whatsapp Image 2022 10 04 At 11.23.45 Am 1

Lelaki curi tong gas ditahan polis

Namun, orang kata sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Lelaki tersebut akhirnya telah berjaya ditangkap oleh pihak polis atas bantuan beberapa jawatankuasa penduduk di sekitar Taman Rakan, Batu 11 Cheras.

Beberapa video telah dikongsikan di laman TikTok dengan memaparkan situasi di sebuah kedai runcit dimana lokasi lelaki tersebut ditangkap. Difahamkan juga, lelaki tersebut juga bertindak untuk menjual tong gas itu di kedai runcit berkenaan.

@azmilkkl

#tonggas #kenecuri #fyp

♬ original sound – Azmilkkl – Azmilkkl

@chefmaut

viral curi gas#gas fyp

♬ bunyi asal – CHEF MAUT – CHEF MAUT

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihak menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian itu. Menurutnya, siasatan awal mendapati semasa kejadian, mangsa yang bersendirian di rumah bertindak merakam sendiri situasi tersebut sebagai bukti.

“Berikutan, suspek berjaya ditahan pada hari yang sama bersama barang yang dicuri. Semakan mendapati, suspek juga merupakan orang dikehendaki polis kerana terbabit dalam kes dadah.”

Semasa dijumpai, lelaki tersebut sedang minum air yang berwarna hijau yang dipercayai air tebu di atas jalan tepi kedai runcit tersebut. Namun, ada juga yang menganggap bahawa air itu bukan yang disangka.

Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Kajang dan akan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Akhirnya tertangkap juga!

Baca: [VIDEO] Tak Kisah Kantoi Dengan Tuan Rumah, Pencuri Selamba Panjat Pagar Sambil Angkat Tong Gas

Pencuri Tong Gas Panjat Pagar

Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.