in

Polis Tahan Lelaki Tengking Pakcik RELA Di Khalayak Ramai, Suspek Ada Rekod Lampau

tengkin pakcik rela

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Polis telah menahan seorang lelaki yang didapati menghalang tugas seorang anggota RELA di Terminal Bas Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dalam video tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan berusia 31 tahun yang bekerja sebagai pembantu keselamatan.


“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku jam 11.13 pagi pada Selasa lalu.

“Lelaki tersebut memaklumkan kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara anggota RELA yang sedang bertugas dengan suspek.

“Pengadu yang cuba meleraikan pergaduhan itu telah ditepis di bahu kiri oleh suspek, namun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel berkaitan: Tiga Anggota RELA Dipukul ‘Datuk Seri’ di Jalan Ampang, Diberi Sijil Kepujian Kerana Sikap Profesional

Artikel berkaitan: Viral Pakcik Tengking Pengguna MRT, Siap ‘Claim’ Tempat Duduk Lagi Dalam Pengangkutan Awam

Screenshot 2025 11 06 130358

Menerusi video tular itu, seorang lelaki berpakaian warna hitam dilihat menengking dan mengherdik anggota RELA yang merupakan seorang warga emas di khalayak ramai.

Anggota RELA itu bagaimanapun tidak bertindak balas walapun ditengking lelaki berkenaan sebaliknya meminta individu itu beredar ke tempat lain.

Video tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai, rata-rata berang dengan tindakan lelaki berkenaan yang menengking dan tidak menghormati orang tua.

Susulan laporan itu, polis menahan suspek berusia 31 tahun pada Rabu. Katanya menerusi semakan polis, suspek memiliki satu rekod lampau walaupun ujian saringan urin didapati negatif dadah.

Polis akan melakukan permohonan reman ke atas suspek hari ini di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian, Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.