in

Polis Siasat Pasangan Suami Isteri Komplen Pengalaman Buruk Di ‘Lodge’ Taiping, Ramai Netizen Bantah?

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini sepasang suami isteri telah memuat naik beberapa video menerusi akaun TikTok menceritakan pengalaman mereka ketika menginap di sebuah lodge di Taiping.


Menurut pasangan ini, ketika mereka membuat aduan tentang servis yang lambat kepada pemilik lodge tersebut, ahli perniagaan berpangkat ‘Datuk’ itu telah menghalau mereka.

Tak cukup dengan itu, pasangan ini turut mendakwa Datuk tersebut telah mengeluarkan perkataan berunsur hinaan ke atas mereka di hadapan pelanggan lain.

Polis siasat pasangan suami isteri

Screenshot 2022 05 12 At 11.21.50 Am

Ekoran kejadian ini, Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Osman Mamat berkata pihaknya kini sedang menyiasat pasangan yang membuat video aduan mengenai lodge tersebut dan pemiliknya.

Siasatan ini dilakukan selepas pihak polis menerima laporan mengenai kejadian ini, lapor The Star.

Kami telah membuka siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.”

Namun begitu, ACP Osman mengatakan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis dari pasangan tersebut.

“Pelanggan yang komplen pulak kena siasat?”

Di media sosial, berita ini telah mengundang rasa kurang senang di kalangan netizen yang rata-ratanya merasakan pasangan tersebut mempunyai hak untuk menceritakan pengalaman mereka ketika menginap di lodge tersebut.

Screenshot 2022 05 12 At 11.13.11 Am Down

Bagaimanapun, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sehingga boleh menjejaskan siasatan polis serta memberi peringatan agar tidak menggunakan platform media sosial untuk mendatangkan kegusaran awam serta menggugat keharmonian masyarakat.

 

Baca: “Tak suka boleh blah” – Tunggu Makanan Berejam, Pasangan Bengang Respon ‘Owner’ Hotel Di Taiping

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.