in

Polis Pulau Pinang Minta Maaf Gagal Hentikan 200 Orang Berkumpul Solat Sunat Aidiladha Semalam

Collage 40

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, satu video berdurasi 22 saat telah viral di media sosial menunjukkan ratusan warga asing menunaikan solat sunat Aidiladha di atas jalan raya di luar perkarangan surau.


Dikatakan, lebih kurang 200 jemaah telah berkumpul di luar surau untuk turut sama membuat solat jemaah selepas tak dibenarkan masuk kerana surau tersebut telah mencapai had seramai 100 jemaah.

Walaupun kelihatan warga asing yang terlibat menunaikan solat dalam keadaan jarak namun ianya tetap salah kerana negara masih lagi sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Terlupa hubungi polis

Pengerusi Surau Taman Pelangi, Fazil Abdul Karim berkata, kejadian yang berlaku pagi semalam adalah di luar kawalan pihaknya dan tak sangka ia tular di media sosial, lapor Berita Harian.

Pada ketika ini jumlah jemaah yang dihadkan adalah 100 orang sahaja. Saya bertanggungjawab menjaga perkara yang berlaku dalam kawasan surau sahaja dan apa yang berlaku adalah di luar kawalan saya.”

Fazil turut mengatakan, akibat kekalutan kerana kesuntukan masa, dia terlupa untuk menghubungi pihak berkuasa bagi menangani masalah tersebut.

Saya pula terlupa untuk menghubungi polis kerana dalam kekalutan dan masa suntuk untuk menunaikan solat dengan segera.”

Polis Pulau Pinang minta maaf

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain telah meminta maaf kerana pasukannya gagal mengesan perbuatan lebih 200 warga asing yang berkumpul di luar perkarangan surau untuk menunaikan solat sunat Aidiladha itu.

Katanya perbuatan itu berlaku secara spontan selepas semua tidak dibenarkan solat di dalam surau kerana jumlah jemaah terhad kepada 100 orang.

Malah, sebelum kejadian pihak polis telah pun membuat rondaan awal di kawasan berkenaan dan mendapati surau tersebut telah mematuhi SOP yang ditetapkan.

Ada kemungkinan mereka berhimpun selepas rondaan selesan dan ketika polis menjalankan pemeriksaan terhadap surau dan masjid lain. Polis mohon maaf atas kegagalan mengesan perkara ini lebih awal.

Kami difahamkan, surau berkenaan dibanjiri jemaah yang datang untuk tunaikan solat namun hanya 100 sahaja dibenarkan masuk. Pengurusan surau kemudiannya meminta mereka untuk bersurai dan menutup pintu pagar.

Bagaimanapun, berlaku tindakan spontan apabila mereka yang tidak dapat masuk telah menunaukan solat di jalan raya di luar perkarangan surau.”

Difahamkan juga, pihak pengurusan surau bertindak untuk tidak menghubungi polis kerana mahu menjaga sensitiviti agama dan tak sangka warga asing tersebut bertindak tunaikan solat sunat di luar perkarangan surau walaupun selepas diminta untuk bersurai dengan baik.

 

Baca: Takbir Raya & Solat Sunat Aidiladha Di Masjid & Surau Di Negeri Fasa 2 PPN Dibenarkan

Screenshot 2021 07 21 At 10.51.33 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.