in

Polis Kemaman Muat Naik Gambar Berhenti Di Lampu Merah, Saja ‘Usik’ Abang Marshal Viral

4 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini tular isu pengiring konvoi atau lebih dikenali dengan gelaran marshal memberhentikan kenderaan lain di jalan raya bagi melancarkan perjalanan rakan-rakan motor mereka.



Klip tular yang dikatakan berlaku di sekitar Port Dickson itu melihatkan marshal tersebut memberi ruang kepada sekumpulan konvoi motor berkuasa tinggi untuk terus berjalan walaupun lampu isyarat sudah bertukar merah, tanda mereka perlu berhenti.

2 10

Isu ini mendapat perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kemudiannya menegaskan pihak mereka sedang memburu marshal polis tersebut atas tindakan memberhentikan kenderaan lain yang luar dari bidang orang awam.

Selari dengan isu tersebut, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di laman Facebook telah memberikan respon yang lebih mencuit hati netizen.

1 7 3

Post tersebut melihatkan sekumpulan anggota polis bermotor berhenti pada lampu isyarat yang sedang merah. Lebih menghiburkan, kapsyen pada gambar itu begitu sarkastik dan seakan-akan ‘mencurah minyak’ kepada abang marshal dan rakan-rakan mereka tempoh hari.

Kami bukan Marshall, jadi kena berhentilah dekat lampu isyarat. Jangan marah abang Marshall, gurau…”

Imej tersebut tular dengan jumlah lebih 2 ribu like dan menerima lebih 300 komen, di mana rata-rata netizen terhibur dan turut serta ‘menyakat’ abang marshal tempoh hari. Amboi… menganjing sakan naa…

2 93 12 5 11 4 12  6 12

Pandai jugak abang-abang polis ni buat lawak, kan? Harap lepas ni takde lagilah yang jadi ‘polis trafik’ lantik sendiri ya.

Baca: [VIDEO] Polis Tengah Cari ‘Marshal’ Yang Ganggu Trafik di Lampu Isyarat Sebab Nak Bagi Geng Konvoi Lalu

7 11

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.