Selebriti, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli menerusi Instagram baru-baru ini mendedahkan bahawa kediamannya telah dikunjungi oleh beberapa orang anggota polis yang mencari dirinya.
Terkini, pihak polis telah mengesahkan kehadiran mereka ke kediaman selebriti itu dan ia adalah bertujuan untuk menghantar surat panggilan saksi kepada Caprice, lapor Harian Metro.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, surat panggilan saksi yang diserahkan kepada Caprice itu adalah bagi membantu siasatan laporan yang dibuat oleh seorang lelaki ke atas Caprice.
Artikel Berkaitan: “Kami dah selesai dengan damai” – Tun Laila Respon Sindiran Caprice Dakwa Pernah Memb*li
Artikel Berkaitan: “Kenapa kena single bro?” – Caprice Persoal Kenapa TikToker Cari Budak Sekolah Perempuan Untuk Jadi Talent
Difahamkan, lelaki berkenaan telah membuat laporan terhadap Caprice selepas mendakwa selebriti itu memuat naik hantaran berunsur kecaman, tuduhan dan kebencian, sehingga menyebabkan dirinya diserang di ruangan komen media sosial.
Hantaran tersebut juga didakwa berpotensi merosakkan reputasinya.
Sumber: Harian Metro, Instagram