in

Polis Beri Amaran Kepada Penyokong Najib Untuk Buat Penjarakan Sosial Kalau Tak Nak Kena Tindakan Tegas

Collage 47

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang semua tahu, hari ini merupakan hari keputusan perbicaraan bagi kes SRC International Datuk Seri Najib Razak.



Pihak media telah pun berkampung di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak jam 4 pagi tadi dan setakat ini, mahkamah telah pun menjatuhkan hukuman bersalah kepada DS Najib atas satu pertuduhan menyalahguna kuasa berhubung dana RM42 juta dari SRC International.

Seramai lebih kurang 300 ke 400 penyokong Najib sedang menunggu di luar mahkamah sementara menunggu keputusan enam lagi pertuduhan lain iaitu tiga berkaitan pecah amanah dan tiga lagi mengenai penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd.

Disebabkan tiada penjarakan sosial yang dilakukan di luar mahkamah, seorang wartawan Awani Firdaus Azil kongsikan video pihak polis telah bertindak memberi amaran agar orang ramai membuat penjarakan sosial sekiranya tak nak tindakan tegas diambil ke atas mereka.

Tak cukup dengan itu, pihak polis turut membuat persiapan meningkatkan kawalan di sekitar kawasan mahkamah bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang keputusan pertuduhan dibacakan.

Ed Klmhucai9 Ba Ed Klmpucaaf6Ib Ed Klniueaake 5

 

Baca: [Terkini] Datuk Seri Najib Tun Razak Didapati Bersalah Kes Salah Guna Kuasa Dana SRC International

Ed 5Yqpuyaia40J

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.