in

“Pocong pun main cak-cak ke?” – [VIDEO] Lelaki Terakam Kelibat ‘Pocong’, Masa Buat Aktiviti Paranormal

Fi Pocong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aktiviti paranormal bukanlah sebuah perkara yang baru dilakukan oleh manusia di bumi ini. Ia merupakan sebuah aktiviti untuk mencari makhluk halus supaya dapat merungkai misteri yang berlaku di sesuatu tempat itu.


Selalunya kalau orang yang buat aktiviti paranormal ni, mesti dia dah dianggap berani dan hadap apa yang ada depan dia, tapi apa yang dibuat oleh lelaki macam kisah ni lain pula ceritanya.

 

Rakam video aktiviti paranormal… Nampak kelibat pocong 

Kira-kira beberapa hari yang lalu, sebuah video yang menampakkan seperti lembaga didakwa sebagai ‘pocong’ telah viral di media sosial.

Menerusi posting yang dimuat naik oleh @mrcreepyposta, memaparkan seorang lelaki dipercayai sedang melakukan aktiviti paranormal di sebuah rumah yang dah ditinggalkan.

Di dalam video berdurasi 16 saat berkenaan, kedengaran lelaki berkenaan mengatakan yang dia berasa tak sedap badan selepas berada di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Namun ketika dia nak keluar dari bilik tersebut, dia mula tersedar bahawa seperti ada yang tengah memerhatinya daripada rumah di seberang. Ketika dia fokuskan kameranya kepada arah tersebut, dia ternampak seperti kelibat ‘pocong’ yang tengah mengintai padanya dan nyata membuatkan dia terkejut dengan perkara itu.

“Subhanallah! Allahuakbar!” jeritnya.

Selepas itu, kelibat tersebut terus hilang dari pandangannya. Rakaman video tersebut sehingga kini telah meraih sebanyak lebih dari 14k tontonan.

Walau bagaimanapun, kesahihan video berkenaan masih tak dapat dipastikan sehingga kini.

Ada sesiapa berani buat aktivit paranormal macam dalam video ni?

 

Baca : “Pergh real” – Polis Rakam Kelibat Pocong ‘Bergoyang-goyang’ Belakang Pokok Pisang, Ganggu Anggota Bertugas

Foot Pocong

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.