in

PMX Dedah Trump Ingin jumpa KPN, AS Kagum Dengan Keselamatan Negara

syaz ft 2025 11 06T165842.827

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 bulan lalu, khususnya dari segi aspek keselamatan, turut mendapat perhatian dan pujian daripada pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, Trump menyatakan kekagumannya terhadap profesionalisme pasukan keselamatan Malaysia ketika lawatan rasmi beliau ke negara ini sempena penganjuran sidang kemuncak berkenaan.


Artikel berkaitan: Muat Naik Gambar Libatkan PMX, RHB Siasat Kakitangan

Artikel berkaitan: PMX Disenarai ‘Top 10’ Tokoh Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

Bukan itu sahaja, Presiden AS tersebut turut menyatakan hasrat untuk bertemu sendiri dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail bagi menyampaikan penghargaan secara peribadi.

“Kejayaan pasukan kita keseluruhannya termasuk pasukan keamanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menunjukkan kecekapan masa lawatan Presiden AS, Premier China (Li Qiang) menyebabkan mereka kagum dengan kecekapan (menjaga keamanan dan keselamatan).

Saya (masih) ingat, Presiden Trump minta kebenaran nak jumpa Ketua Polis Negara untuk menyatakan penghargaan kerana tahap pasukan keselamatan kita yang sangat membanggakan,” katanya.

Menurut laporan Berita Harian, Anwar berkata demikian ketika merasmikan Majlis Peluncuran Malaysia Semiconductor IC Design Park 2.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.