in

“PM please we can’t breathe!” – Pengusaha Kelab & Bar Di JB Bentang Banner Depan Premis Merayu Dibuka Balik

Pm 768X404 1

Biarpun sekarang ini dah masuk fasa PKPP, bukan semua sektor perniagaan boleh dibuka semula. Tempat-tempat hiburan masih lagi tidak dibenarkan beroperasi, bagi pengusaha sektor ini sudah semestinya terjejas teruk sehingga beberapa cawangan hiburan di Johor terpaksa bentang banner depan premis mereka.

Menerusi olahan WORLD OF BUZZ daripada perkongsian dari Facebook GO JOHOR, beberapa gambar dimuat naik menunjukkan beberapa tempat seperti pub, bar, kelab malam dan bistro di Johor membentangkan banner dengan ayat…

 

“PM please, we can’t breathe!”

103558359 1101095700273965 5169057135386261352 O

Ini kerana perniagaan mereka terjejas teruk akibat PKP, PKPB dan PKPP ini kerana diarah tutup lebih dari 3 bulan.

Dalam banner tersebut ada juga menjelaskan genap 25 Jun 2020, semua sektor perniagaan jenis perkhidmatan hiburan ini dah tutup selama 100 hari.

105707200 1101095766940625 8188782448634994622 O

Tak dinafikan, banyak lagi perniagaan yang terjejas akibat wabak Covid-19 di Malaysia ini. Ia susulan dengan PKPP ini kerana kerajaan masih lagi belum membenarkan pusat hiburan dibuka semula.

Hal ini bagi memastikan penjarakan sosial tetap diamalkan memandangkan tempat-tempat seperti ini agak sukar dan mustahil untuk mengamalkan langkah SOP tersebut.

104996160 1101095840273951 337717333534290756 O

Sebelum ini, menerusi Malay Mail, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri ada membuat kenyataan bahawa biarpun semakin banyak kelonggaran diberikan, ia tak bermakna tiada larangan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan bagi membendung Covid-19 terus menular.

Malah, beliau juga menjelaskan tampat tempat hiburan seperti kelab malam, pub, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perhimpunan, sambutan perayaan dan rumah terbuka serta aktiviti yang melibatkan kesesakan orang awam ini masih sukar untuk mengamalkan SOP.

104885215 1101095876940614 6693892087969896355 O

Sekitar 3 minggu lepas, pihak polis telah menyerbu sebuah kelab malam di Petaling Jaya dan mendenda 98 individu sebanyak RM 1000.

Hurm, kesian juga mereka ini. Tapi cara kita rakyat marhaen untuk bantu mereka adalah dengan dengar cakap kerajaan untuk bendung wabak Covid-19 ini supaya rantaian terputus dan membenarkan mereka menjalankan perniagaan seperti biasa.

 

Baca : Positif Dua Jenis Dadah, Pemimpin UMNO Ditahan Sedang Berseronok di Pusat Hiburan

Pusathiburan

Sumber: GO JOHOR
Sumber: GO JOHOR
Sumber: GO JOHOR
Sumber: GO JOHOR