in

PM Pertimbang Nak Buat Pemberian Vaksin Pekerja Asing Di Kilang Tempat Bekerja

Ft Pm Nak Jadikan Kilang Ppv Untuk Pekerja

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini dalam pertimbangan untuk menjadikan kilang sebagai tempat menerima suntikan vaksin bagi pekerjanya terutamanya kepada warga asing.


 

Jadikan kilang sebagai tempat pemberian vaksin & mempertingkatkan pemberian vaksin pandu lalu

Katanya menerusi laman Facebook rasmi miliknya semalam, sektor itu sepatutnya menjadi percambahan ekonomi bukannya pusat penyeberan Covid-19.

Saya tegaskan agar semua pemilik kilang yang mempunyai pekerja asing menjadikan premis mereka sebagai pusat pemberian vaksin (PPV).”

Beliau juga menyatakan telah telah berjumpa dan berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan supaya pekerja asing tidak lagi perlu beratur dan menyebabkan kesesakan di PPV sebaliknya hanya mendapatkan vaksin di tempat mereka bekerja.

Kilang-kilang seharusnya menyumbang kepada percambahan ekonomi dan bukan pusat penyebaran Covid-19. Oleh sebab itu, saya…

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Sunday, August 29, 2021

Pendirian kerajaan adalah jelas dan tegas bahawa sesebuah kilang itu hanya dibenarkan untuk beroperasi semula setelah mencapai 80% kadar vaksinasi.

Dalam pada itu, beliau juga mempertimbangkan untuk meningkatkan kaedah pandu lalu pemberian vaksin bagi mempercepatkan proses.

“Pemberian vaksin secara pandu lalu juga akan dipertingkatkan dalam masa terdekat supaya rakyat tidak perlu menunggu lama, cukup sekadar 15 minit di dalam kereta dan boleh terus dapatkan dos suntikan.”

 

Baca : PM Beri 100 Hari Kepada Kabinet Untuk Tunjuk Prestasi, Turut Minta ‘Keluarga Malaysia’ Beri Kerjasama

Collage 45

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.