in

PM Dimasukkan Ke Hospital Kerana Cirit Birit Sejak Semalam

Fw1143872 Ptj06 16022021 Panduan Bn202102159237 Lpr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dimasukkan ke hospital pagi tadi kerana cirit birit.


Dalam kenyataan ringkas, Pejabat Perdana Menteri mengatakan TS Muhyiddin telah mengalami cirit birit sejak semalam.

Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.

“Sehubungan itu beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan.”

Menurut MalaysiaKini, pada tahun 2018 lalu, Muhyiddin dilaporkan telah menjalani pembedahan di Singapura untuk merawat barah pankreas.

Muhyiddin Yassin Cabinet6 09032020

Namun pada bulan Mei tahun lepas timbul beberapa spekulasi mengatakan bahawa TS Muhyiddin telah mendapatkan rawatan barah di Singapura.

Pun begitu, pejabatnya telah menafikan perkara tersebut dan Perdana Menteri ini sendiri mengatakan yang tahap kesihatannya baik dan boleh menjalankan tugas dengan baik.

Alhamdulillah, setakat ini saya mampu menjalankan tugas dan tak terganggu sebab pernah menghadapi masalah sebegitu.”

Kita doakan TS Muhyiddin cepat sembuh dan dapat menjalankan tugas seperti biasa.

 

Baca: TS Muhyiddin Rela Dipanggil ‘PM Bodoh’ Asalkan Rakyat Sedia Bekerjasama Ikut SOP

Screenshot 2021 06 30 At 11.52.39 Am

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.