in

“PM bakal umum satu lagi pakej bantuan ekonomi yang besar”- KJ

Ft Pakejbantuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui webinar petang semalam, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata kerajaan akan segera memberikan satu lagi pakej bantuan ekonomi. Katanya, inisiatif itu adalah untuk menangani dampak Covid-19 yang dilalui rakyat Malaysia ketika ini.


Saya yakin perdana menteri akan segera membuat pengumuman, mengenai pakej bantuan ekonomi yang besar.”

(Tetapi) saya tidak mahu mendahului dengan membuat pengumuman lebih awal.”

Beliau berkata begitu bagi menjawab soalan ketika dalam talian bersama  Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) sempena mesyuarat agung tahunannya yang ke-45, lapor Malaysiakini.

Pakej

Soalan itu diajukan oleh Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), N Gobalakrishnan berkenaan rancangan kerajaan untuk membantu pemain industri yang terjejas teruk oleh kemerosotan ekonomi akibat wabak Covid-19.

Apa tindakan selanjutnya oleh kerajaan yang boleh dikategorikan untuk membantu pemain industri? Kami sedang melalui zaman merudum.”

Menurut Khairy lagi, bantuan baru itu akan menjadi pakej rangsangan ekonomi yang ke-8 diperkenalkan oleh Putrajaya sejak Februari 2020 — dengan suntikan dana fiskal langsung sebanyak RM77.6 bilion setakat ini (0.5 peratus daripada KDNK).

Sebelum ini, pakej rangsangan terakhir yang diumumkan pada 31 Mei lepas dikenali sebagai Pemerkasa Plus melibatkan suntikan fiskal langsung sebanyak RM5 bilion.

Baca: “Kerajaan sedang mengkaji bantuan tambahan kepada rakyat” – Datuk Seri Mustapa Mohamed

Ft Bantuan

Sumber: Malaysiakini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.