in

“Kerajaan sedang mengkaji bantuan tambahan kepada rakyat” – Datuk Seri Mustapa Mohamed

Ft Bantuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan Pelan Pemulihan Negara diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementerian Kewangan dikatakan sedang mengkaji dengan teliti langkah-langkah bagaimana kerajaan dapat memberi bantuan tambahan kepada rakyat.


Menurut Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerajaan sedar sebahagian rakyat mengharapkan agar pakej bantuan tambahan yang baru dapat diberikan.

Bantu1

Kerajaan cukup faham denyut nadi rakyat, bantuan masih ada kerana tidak semua peruntukan yang diumumkan sebelum ini telah dibelanjakan.”

Perdana Menteri sudah mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengemukakan cadangan, dan saya percaya beliau (Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz) sedang giat mengkaji cara-cara bagaimana kerajaan boleh memberikan bantuan tambahan (kepada rakyat).”

Beliau berkata setakat ini hanya lebih daripada RM200 bilion telah dibelanjakan dan masih terdapat baki daripada peruntukan dari kerajaan sebanyak RM380 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar menerusi pakej-pakej rangsangan ekonomi.

Baca: Agong Setuju Bank Beri Moratorium Automatik Untuk B40 & M40 – Lim Guan Eng

Ft Limoratorium

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.