in

“Plot twist siut!” – ‘Anak Angkat Dari Neraka’ Nafi Tipu Umur, Mak Ayah Buat Cerita Sebab Tak Sanggup Nak Jaga

Collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, satu dunia pernah digemparkan dengan cerita pasangan dakwa anak angkat yang mereka sangka berusia 6 tahun rupa-rupanya seorang wanita berusia 22 tahun pernah cuba bunuh mereka beberapa kali persis cerita The Orphan.


Selepas kisah ini tular, “budak” tersebut, Natalia Grace Bernett telah pun bersetuju untuk ditemubual oleh bintang TV US, Dr Phil dalam rancangannya untuk beritahu cerita sebenar disebalik dakwaan yang diceritakan oleh bekas mak ayah angkatnya itu.

Tu cecair pembersih meja bukan peluntur

1 Natalia Grace Barnett

Menurut Mirror, dalam temubual bersama Dr Phil ini, hos itu menunjukkan sebuah klip menunjukkan bekas mak angkat Natalia, Kristine Barnett mendakwa dia cuba menyembur cecair peluntur ke dalam kopinya semasa mereka sedang bersihkan rumah bersama.

Kristine juga berkata yang dia mempunyai video sebagai bukti Natalia cuba meracuninya. Bagaimanapun, remaja ini memberitahu yang cecair tersebut sebenarnya adalah pembersih meja.

“Kami terlupa lap satu bahagian meja, so, saya gerakkan kerusi untuk ambil pembersih tu dan saya tolak kopi tersebut supaya saya boleh ambil spray itu. Tapi, tiba-tiba dia masuk dan tanya saya buat apa.

“Dia kemudiannya mengatakan yang saya cuba spray benda tu dalam kopinya padahal tak ada apa pun dalam kopi tu.”

Saya tak pernah datang period

0 Natalia Grace Barnett 2

Natalia juga menafikan dakwaan Kristine yang mengatakan dia dah datang haid dan cuba sembunyikannya. Dia yang kini berusia 16 tahun mengatakan yang bekas ibu angkatnya itu tak pernah cakap apa-apa tentang pakaian berdarah.

Cynthia Mans, ibu angkat barunya yang turut serta dalam rancangan temubual tersebut bersama suaminya Antwon Mans turut mengiyakan kenyataan Natalia.

Kami dah jaga dia selama tujuh tahun. Sampai hari ini dia tak pernah datang bulan. Sekali pun tak.”

Tambah pasangan ini lagi, Natalia merupakan serang remaja yang penyayang dan jujur yang telah melalui pengalaman yang sangat buruk serta ditinggalkan oleh bekas ibu dan bapa angkatnya.

Cynthia dan suaminya juga telah menuduh bekas ibu dan bapa angkat Natalia sebagai penipu dan meminta pihak berkuasa untuk menghukum pasangan tersebut kerana tinggalkan Natalia berseorangan di sebuah apartment ketika remaja itu berusia 9 tahun untuk berpindah ke Kanada.

Semua cerita tu tak betul dan saya nak orang tahu cerita dari pihak saya

 

Pasangan Barnett yang telah ditahan pada September lalu atas tuduhan mengabaikan Natalia pada tahun 2013 kerana menyangka budak tersebut berusia 6 tahun semasa mereka ambil jadi anak angkat pada tahun 2010 telah menuduh Natalia merupakan wanita dewasa.

Natalia memberitahu Dr Phil yang dakwaan itu tak benar sama sekali. Ibu angkat barunya juga mengatakan yang mereka dah pun buat imbasan tulang dan membuktikan yang dia tak tipu tentang usianya.

Kalau korang nak tahu, Michael Barnett dikatakan telah pun mengaku yang dia dan bekas isterinya sengaja ubah usia Natalia sebelum tinggalkan kanak-kanak itu di sebuah apartment yang disewanya namun Kristine tetap berkeras yang dakwaannya semua adalah cerita betul.

Kesian, dah lah kena abai lepastu satu dunia tuduh dia kejam macam Esther dalam cerita The Orphan.

Baca: Pasangan Stress Dapat Anak Angkat Dari ‘Neraka’, Ingat Berusia 6 Tahun Rupanya Budak Remaja Berusia 21 Tahun!

Screenshot 2019 11 08 At 4.42.33 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.