in

PKPD Libatkan 3 Zon di Kedah, Berkuatkuasa Tengah Malam Ini

Gambar Hiasan 3 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan lambakan kluster terbaru yang didakwa berpunca daripada ‘kluster Sivagangga’ sehinggakan wabak itu melibatkan ramai kanak-kanak sekolah rendah, memaksa kerajaan memutuskan untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan secara pentadbiran (PKPD) di Amanjaya, Kedah.


Menurut Harian Metro, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata arahan itu berkuat kuasa serta merta pada tengah malam ini bagi membendung penularan Covid-19 di sana.

Tambah beliau lagi, arahan itu membabitkan Zon Kenanga, Zon Mawar dan Zon Melur di Amanjaya, Sungai Petani.

61592639345 Ismailsabri

Dengan penguatkuasaan itu, ia bakal membabitkan 22,360 isi rumah dan kesemuanya akan disaring oleh petugas KKM. Arahan PKPD ini turut difahamkan akan tamat pada satu tempoh yang akan dimaklumkan KKM.

“Penduduk di zon terbabit tidak dibenarkan untuk keluar zon, manakala orang luar tidak dibenarkan untuk memasuki zon terbabit,”

Ismail Sabri turut berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan sekatan jalan raya dan kawalan di jalan keluar masuk zon yang terbabit. Bagi urusan kerja, adalah tidak dibenarkan sama ada dari luar kawasan PKPD atau untuk masuk ke dalam kawasan PKPD.

Menurut beliau lagi, hanya premis perniagaan yang menyediakan perkhidmatan perlu sahaja dibenarkan beroperasi seperti perkhidmatan makanan, farmasi, klinik dan hospital.

 

Baca: Kluster Terlalu Banyak, Sarawak Mungkin Dikenakan PKPD.

1 15 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.