in

PKPB Bukan Penghalang Untuk Korang Beramal Dari Jauh Kepada Golongan Memerlukan Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Cara Ini

Featuredgp 1

Akibat PKP ini, ia memberi kesan kepada kita semua terutamanya kepada golongan yang hilang kerja, OKU dan mereka yang ambil kerja upah.

Mereka yang kami anggap golongan yang memerlukan inilah terkesan kerana sumber pencarian rezeki mereka terbatas malah ada yang terputus.

Secara jujurnya, mungkin kita yang ‘terselamat’ ini juga mengalami masalah kewangan, boleh dilihat sendiri sebelum ini yang pernah diviralkan dimana ramai rakyat Malaysia berkerumun di kedai Pajak Gadai selepas PKPB dilangsungkan dan ia menyentuh hati ramai orang.

 

Ada yang hilang kerja sampai tak ada duit nak makan

Harian Metro melaporkan bahawa 78,732 yang telah hilang kerja. Contoh yang kita dapat lihat ialah terdapat banyak kes viral yang terjadi kepada golongan-golongan yang memerlukan apabila ada 2 lelaki kena tangkap polis langgar PKP pergi memancing kerana dah tak ada duit nak makan. Mereka sanggup memilih untuk duduk di dalam lokap.

Mereka ini bekerja mengambil upah tapi sejak PKP dijalankan, upah harian mereka terputus dan terus tak ada duit untuk sesuap nasi.

Takada Duit.

Kita mungkin selesa sekarang tapi apa nasib mereka yang ambil kerja seperti lelaki ini, golongan OKU yang tiada pendapatan tetap.

Adalah lebih baik kalau dapat bantu orang-orang seperti mereka ini walaupun tak banyak asal niat murni di hati itu pun ada.

 

Bantu mereka dari jauh!

Membantu tak semestinya memerlukan wang, anda juga boleh lah bantu mereka dengan memberikan sedikit rezeki yang kita ada macam kongsikan juadah berbuka puasa kita. 

Selain itu, hargai jasa-jasa dan pengorbanan mereka bekerja sebagai rider yang berhempas pulas untuk hantarkan makanan ke tempat kita. Boleh lah beri mereka tips ataupun kongsi sedikit rezeki kita dekat dia macam kes yang pernah viral di media sosial ni.

Grabfood

Boleh juga gunakan khidmat mereka untuk hantar makanan itu kepada insan-insan yang memerlukan jika kita tahu lokasi mereka.

Dengan cara ini korang dah buat 2 perkara baik iaitu :

  1. Social distancing 
  2. Satu amalan mulia walaupun dari jauh.

Pastinya si penerima akan bersyukur dengan jasa korang dan mendoakan bahawa korang dimurahkan rezeki atas amalan mulia ini kerana telah membantu mereka yang kini mungkin dalam kesulitan..

Malah, berkongsi dengan mewartakan/menularkan  kepada seluruh warganet jika ada maklumat tentang insan-insan yang sedang berada dalam kesempitan hidup, pasti akan ada insan mulia yang sudi tolong.

RT dan Share itu juga sebenarnya bantuan ‘secara halus’ yang korang dah sumbangkan. Satu lagi kaedah yang boleh digunakan adalah melakukan sedekah dalam bentuk elektronik! Macam mana tu?

 

Menerusi aplikasi Grab menggunakan Grab Rewards Points!

Kalau korang ada extra points, apa salahnya gunakan untuk berkongsi rezeki kepada yang paling memerlukan . Macam mana? Korang boleh kunjungi aplikasi Grab dan rujuk dekat gambar dibawah ni.

Image From Ios 7 1

Screenshot 2020 05 16 At 10.11.18 Am

Dengan segala points yang korang dah kumpul menerusi Grab, ianya boleh menjadi satu peluang untuk korang berikan sumbangan untuk insan-insan  yang paling memerlukan pada waktu ini. Jadi, adanya GrabRewards points pon korang juga boleh beramal!

Untuk pengetahuan korang, pihak Grab and Malaysia Federation Of The Deaf (MFD) telah membantu lebih daripada 200 keluarga yang diklasifikasikan mengalami ‘kegawatan’ ini. Pihak Grab akan menyalurkan sumbangan ini menerusi wakil-wakil pemandu yang dikenali sebagai DRC (Driver Representative Comittee).

Whatsapp Image 2020 03 28 At 6.35.18 Pm Whatsapp Image 2020 03 28 At 6.47.13 Pm

Salah seorang ahli DRC yang dikenali sebagai Grace dari Kuching Sarawak berkata, dia ada menggunakan perbelanjaannya sendiri untuk menghulurkan bantuan.

Kata Grace lagi, dia memperoleh nama-nama golongan ini menerusi beberapa badan NGO,

“Apabila saya melihat senyuman mereka ketika menyampaikan sumbangan, saya merasa sangat puas, saya merasa seperti melakukan sesuatu yang baik. Anda tahu, hidup itu singkat, jika itu adalah sesuatu yang dapat kita lakukan, kita harus menolong orang lain. “

Whatsapp Image 2020 03 28 At 8.58.54 Pm
Identiti disulitkan bagi melindungi privasi penerima
Whatsapp Image 2020 03 28 At 10.40.11 Pm
Identiti disulitkan bagi melindungi privasi penerima
Whatsapp Image 2020 03 28 At 10.51.57 Pm 1
Identiti disulitkan bagi melindungi privasi penerima

Semua ini hasil daripada sumbangan anda semua walaupun dalam bentuk point, Biarlah kecik jumlah  yang diberikan dimata umum, sumbangan itu besar di mata pihak Grab bahkan si penerima ni.

Sumber: Lobak Merah
Sumber: Lobak Merah