in

Pertengkaran Punca Pemb*nuhan Kejam Di Malaysia – JSJ Bukit Aman

syaz ft 2025 06 16T110919.229

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Saban hari, banyak kes pembunuhan kejam yang kita dengari berlaku di Malaysia. Menurut rekod polis, kes sebegitu berpunca daripada perselisihan faham atau pertengkaran.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman memaklumkan siasatan polis terhadap kes bunuh turut merangkumi motif kejadian kerana ia dapat membantu pihaknya untuk mengenal pasti suspek dikehendaki.


Artikel berkaitan: Guru & Anak Sulung Ditemukan Meninggal Dunia, Dipercayai Dib*nuh

Artikel berkaitan: Polis Buru Individu Pukul Pemandu Lori Di Plaza Tol

16hm001z 1750028443

“Hasil siasatan dilakukan mendapati antara motif dikenal pasti dalam kes bunuh sepanjang tempoh itu adalah pertengkaran atau perselisihan faham, mabuk atau khayal (dadah dan minuman keras), balas dendam, cuai ketika memburu, cemburu dan dera.

Pertengkaran atau perselisihan faham adalah motif paling tinggi direkodkan dalam kes bunuh membabitkan 219 kes bunuh.

Dalam kebanyakan kes, ia berpunca daripada kemarahan dan timbul perasaan tidak puas hati yang menyebabkan pembunuhan berlaku,” katanya.

Dalam laporan Harian Metro, pada 2023, motif tertinggi bagi kes bunuh adalah pertengkaran atau perselisihan faham membabitkan 115 kes atau 44 peratus diikuti mabuk atau khayal (25 kes) cemburu (18 kes) dan samun atau curi (15 kes).

Manakala tahun 2024 pula, motif tertinggi kes bunuh adalah pertengkaran atau perselisihan faham membabitkan 104 kes atau 48 peratus diikuti mabuk atau khayal (20 kes), balas dendam (11 kes) dan cuai ketika memburu (7 kes).

Menurutnya lagi, masalah rumah tangga juga menunjukkan peningkatan bagi motif kes bunuh bagi sepanjang tempoh berkenaan.

Sumber: Harian Metro

 

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.