Setelah sekian lama manjadi sebutan, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL), sebuah taman aktiviti yang mesra keluarga mengumumkan pra-pembukaan rasmi kepada orang ramai pada 9 Disember lalu.
Menariknya, hab hiburan seluas 50 ekar berkenaan yang terletak di Gamuda Luge Gardens menjadi suatu tambahan kepada landskap hiburan bandar yang menjanjikan pengembaraan yang sesuai untuk pelbagai lapisan pengunjung.
Latar Belakang Skyline Luge
Diasaskan di New Zealand pada 1985, Skyline Luge KL merupakan tapak luge ke-8 di dunia dan juga kedua di Asia Tenggara.
Merupakan tapak pertama seumpamanya di Malaysia, taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang 1.6 kilometer terdiri daripada 4 trek berbeza iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan juga Ekspress yang mana setiap satunya menjangkau sehingga 650 meter.
Lebih menarik, keunikan taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline yang mana ia juga mempunyai lampu LED yang bergerak.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pengalaman unik dengan trek yang dilimpahi lampu berwarna warni pada waktu malam.
Bagi meningkatkan pengalaman bermain, pengunjung yang menaiki luge ini akan diberikan helmet RFID yang membolehkan ia merakam video serta foto secara automatik ketika memecut ditrek.
Harga Skyline Luge KL :
Perlu diingatkan, untuk kanak-kanak yang ingin menunggang luge secara solo, terdapat had umur atau ketinggian iaitu sekurang-kurangnya 110cm. Bagi Skyride (chairlift) pula, kanak-kanak antara 85cm-135 cm perlulah ditemani oleh orang dewasa.
Waktu Operasi :
Selain menjadi tambahan kepada Gamuda Gardens, Skyline Luge menjanjikan keriangan untuk semua dikelilingi pelbagai tarikan lain yang terdapat di Gamuda Luge Garden seperti FunPark dan Big Bucket Splash.
Tiket boleh didapati di dalam talian dan untuk sebarang maklumat lanjut, boleh ikuti mereka di Facebook dan juga Instagram.