Kalau masih ingat kira-kira lebih kurang sebulan lalu, viral video seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang dikasari oleh ‘kawan-kawannya’ di sebuah pangsapuri.
Selepas disiasat lebih lanjut, difahamkan punca pergaduhan itu adalah sebab berebutkan seorang lelaki yang turut dikatakan ‘abang angkat’ mereka.
‘Budak baju kuning’ padam gambar lama.. Ambil peluang bantu mereka memerlukan
Kesan daripada kejadian tersebut, laman Instagram salah seorang remaja perempuan yang terlibat dalam kes berkenaan menjadi perhatian ramai. Kalau korang ingat ada seorang gadis yang pakai baju kuning, sampai sekarang melekat gelaran ‘Budak Baju Kuning’ dekat dia.
Gadis remaja yang dikenali sebagai Moy Cayang itu dilihat dah padam semua gambar-gambar dulu, termasuklah gambar bersama seorang lelaki yang jadi perhatian ramai sebelum ini.
Baru-baru ini dia sekali lagi jadi perhatian tapi bukan dengan buat perkara yang buruk, tapi dengan buat perkara yang wajar dalam musim pandemik sekarang ni.
Menerusi postingnya beberapa hari lalu, Moy mengambil kesempatan untuk membuat amal jariah dengan mengangihkan bantuan kepada keluarga yang terkesan akibat pandemik Covid-19 ini.
Di dalam video berdurasi lebih 40 saat itu juga, dapat dilihat gadis tersebut bersama beberapa individu lain mengagihkan bantuan berupa barangan makanan asas yang semestinya meringankan beban dari segi kos untuk sesebuah keluarga itu.
Namun paling perlu dipuji adalah, dia kaburkan muka-muka kesemua penerima bantuan itu sebab tak nak wajah mereka didedahkan kepada umum.
“Baguslah dah berubah”
Di ruangan komen, tindakan Moy menjadi perhatian dan mendapat pujian ramai. Ada yang mengatakan bahawa bagus apa dilakukannya sekarang dan mengubah diri jadi lebih baik sikit demi sedikit, di samping ramai yang mendoakan gadis tersebut supaya dimurahkan rezeki.
Mantap!