Kira-kira 14 tahun lalu, pernah tular satu kisah apabila seorang remaja berusia 17 tahun sanggup menjual buah pinggangnya demi membeli iPhone 4 dan iPad 2 yang tengah hangat pada ketika itu.
Kini, lelaki dari wilayah Anhui, China yang dikenali sebagai Wang Shangkun ini hidup sebagai orang kurang upaya (OKU) pada usia 31 tahun.
Artikel berkaitan : Tarif Baharu Amerika Syarikat, Harga iPhone Dijangka Cecah RM10,000 Seunit
Artikel berkaitan : Tengku Zafrul Kata Tak Mustahil iPhone Boleh Cecah Harga Kereta, Kongsi Kesan Kenaikan Tarif Trump
Kena dialisis, sering alami kompilasi kesihatan
Menurut sumber, tindakannya itu dibuat berikutan dengan pengaruh daripada media sosial yang mendakwa bahawa manusia tidak memerlukan dia buah pinggang. Tanpa berfikir panjang, lelaki tersebut hubungi sindiket pemerdagangan organ haram tanpa pengetahuan keluarganya.
Wang kemudiannya menjalani pembedahan tidak sah di sebuah hospital kecil dan menerima ‘bayaran’ sebanyak 20,000 yuan (dalam anggaran RM 13,000) sebelum membeli iPhone 4 dan iPad 2, bagaimanapun tidak lama selepas itu, Wang alami jangkitan serius yang mengebabkan buah pinggangnya gagal berfungsi.
Setahun kemudian, pihak berkuasa China telah berjaya menumpaskan sindiket tersebut dan pihak mahkamah telah mengarahkan pampasan sebanyak 1.48 juta yuan (RM962,000) kepada keluarga Wang, namun nilainya tidak boleh mengubah nasib Wang.
Terkini, Wang telah kehilangan 75 peratus fungsi pada buah pinggangnya dan terpaksa menjalani dialisis berkala serta disahkan sebagai orang OKU tahap 3.
Bahkan, Wang tidak lagi mampu berkerja dan dia seringkali alami kompilasi kesihatan. Dalam pada itu, ibu kepada Wang meluahkan rasa kesal kerana tidak membelikannya.
“Jika saya belikan sahaja telefon untuknya dahulu, mungkin dia tidak akan ambil keputusan sebegini.”
Sumber : mStar Online