in

Pernah terfikir tak bau angkasa macam mana? Kini NASA Cipta Perfume Bau Sebijik Angkasa!

Untitled Design 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai rakyat marhaen, untuk pergi ke angkasa lepas secara realiti agak mustahil. Namun tak bermaksud kita tidak boleh merasai berada di sana. Mujur ada Petrosains yang memberi peluang untuk kita merasai pengalaman berada di angkasa lepas.


Namun, ada satu yang tak lengkap di Petrosains, iaitu ‘bau angkasa’. Jika korang terfikir dan tertanya-tanya bagaimanakah bau di sana, perfume Eau de Space ini boleh menjawab persoalan tersebut.

Minyak Wangi 640

Minyak wangi yang diberi nama Eau de Space itu dibangunkan oleh Steve Pearce, seorang ahli kimia dan pengasas produk perisa makanan, Omega Ingredients.

Menurut CNN, Pearce mengikat kontrak dengan NASA pada tahun 2008 untuk menghasilkan bau ini. Ia mengambil masa selama empat tahun bagi menemui formula bau angkasa.

Bukan saja-saja tau diorang buat perfume ni. Pada awalnya mereka akan menggunakan minyak wangi ini sebagai latihan kepada angkasawan bagi mengurangkan rasa terkejut apabila tiba di ruang angkasa.

Namun kini, Steve Pearce membotolkan minyak wangi itu dan ingin menjualnya di pasaran yang lebih luas.

 

Ahli kimia itu mengambil masa 4 tahun untuk menyempurnakan wangiannya sebelum The Smell of Space disimpan ketat dan hanya diberikan kepada angkasawan yang memerlukannya.

Seorang angkasawan dan bekas penduduk Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Peggy Whitson pernah menyifatkan bau di angkasa lepas sebagai campuran pelbagai bau reaksi kimia. Antaranya adalah bau pahit asap dan kebakaran seperti pistol yang baru melepaskan tembakan.

Selain itu angkasawan-angkasawan lain juga pernah menyifatkan baunya sebagai bau campuran serbuk peluru, steak yang dibakar, raspberi dan rum.

So kalau korang berminat nak tahu bau angkasa macam mana, bolehlah beli perfume ni okay

Baca: Kelas..shooting kat space na? NASA Sahkan Tom Cruise Akan Ke Angkasa Untuk Penggambaran Filem

F.b 4

Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.