in

Pernah Ramal Tentang Kewujudan Covid-19, Lelaki Genius Ini Beri Amaran Wabak Ini Mungkin Tidak Akan Berakhir

Ft Mccash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu kita ada Nujum Pak Belalang yang ‘mahir’ meramal perkara tersembunyi, kini seorang ahli Matematik, Luthias McCash mengatakan dirinya telah meramal kewujudan pandemik Corona Virus.


Bukan itu sahaja, menurut McCash dia juga telah meramal bahawa wabak ini tidak akan tamat melainkan kita mengambil langkah untuk melakukan lockdown.

 

‘Lelaki genius!

Lelaki yang berasal daripada Scotland ini pernah dianugerahkan dengan gelaran ‘Lelaki Genius’ ketika usianya baru mencecah 17 tahun.

Apa yang menakjubkan McCash seawal usia 16 tahun telah memulakan penulisan ilmiah pertamanya mengenai model penyebaran barah.

Melihat kepada tahap kebijaksaan yang dimilikinya, rakan penyelidik di University of Leicester turut mengakui bahawa latar belakangnya dalam bidang matematik gunaan dan pemodelan matematik membolehkan McCash untuk memahami sifat pandemik Covid-19 ini.

 

Capture 1

 

“Boleh tersebar selama lebih kurang dua tahun”

Bukan itu sahaja, McCash turut memberi amaran kepada negara-negara yang menamatkan perintah berkurung lebih awal daripada yang sepatutnya.

Menurutnya, negara yang menamatkan ‘lockdown’ dengan lebih awal akan berhadapan dengan kitaran kebangkitan virus yang dijangka berlaku sekurang-kurangnya selama dua tahun lapor Mirror.Co.

Bercakap mengenasi vaksin virus yang sedang diusahakan oleh banyak negara, McCash akui mempunyai keraguan terhadap penciptaan vaksin itu.

Sekurang-kurangnya empat perlima daripada penduduk perlu dikenakan vaksin itu dengan berkesan bagi membolehkan penyebaran wabak ini dibendung.

 

Capture 4

Menurut McCash lagi, segala perkara yang telah diramal adalah tepat setakat ini. Jadi bagi membendung penyebaran wabak ini, dia menyarankan agar invidividu menjalani kuarantin kendiri, sekurang-kurang untuk 12 bulan.

Dia juga dikatakan jarang ke luar dari rumah sejak Mac lalu,  melainkan untuk membawa haiwan peliharaannya ke pantai, dan membeli makanan.

So korang rasa macam mana, boleh ke buat total lockdown bagi membasmi Covid-19 ni?

Baca : Musim covid ni dia tak takut berjangkit ke hah? Misteri Ketukan Pintu Kini Sudah Merebak Ke Kuala Selangor

Capture 2 2

Sumber: Mirror.Co
Sumber: Mirror.Co

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.