in

“Pernah makan tapi tak tahu nama”- Ini Sejarah Nama Kuih Raya Yang Ramai Tak Tahu!

Cats 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri semua! Pada hari raya yang mulia ini, mesti tak sah kan kalau korang tak makan kuih raya. Betul tak?

Kalau korang perasan, kuih raya dalam balang dekat rumah korang mesti ada banyak gila jenis sampai tak larat nak makan. Kuih raya ni kadang-kadang mak kita beli dekat kawan la, beli dekat Facebook la, bila rajin je baru buat.


Pernah tak korang makan kuih raya tapi tak tahu pun nama dia apa? Selalu sangat macam tu.

Artikel kali ini akan buat korang ‘mindblown’ bila dapat tahu rahsia di sebalik nama kuih-kuih raya yang pelik dan unik ini. Jangan terkejut sebab inilah realitinya.

 

Teratai Layu di Tasik Madu

Butterkicap Kuih Raya Unik 1 1024X768 1

Wah, nama tak nak kalah betul eh.

Korang mesti terfikir kan apa yang layu tentang kuih ini? Dikatakan sejarah nama kuih ini adalah hasil inspirasi daripada tajuk lagu Fauziah Latif yang mempunyai tajuk yang sama. Katanya kuih ini bentuk macam teratai yang layu sebab itu lah nama dia kuih Teratai Layu walaupun ‘Tasik Madu’ yang merupakan sebahagian daripada nama kuih ini masih menjadi misteri.

 

Bahtera Diraja

11270126 751798401601201 1124091755 O

Korang nak tahu tak? Sebenarnya kuih ini dicipta khas oleh rakyat Perak sempena dengan pertabalan Sultan Perak iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Kuih ini berbentuk seperti sebuah kapal serta dihiasi dengan manik gula dan parutan keju yang menggiurkan. Terliur la tulis pasal makanan waktu bulan puasa ni.

So, kalau korang nak ada feeling-feeling konon macam seorang bangsawan atau kerabat diraja pada pagi raya nanti, ini kuih yang sesuai untuk korang nikmati.

 

Dilwale

Butterkicap Kuih Raya Unik 4 1024X768 1

Dilwale bukan cerita Hindustan yang popular tu ke?

Ya, betul! Kuih ini sebenarnya diinspirasikan daripada filem Bollywood yang pernah popular dekat Malaysia suatu ketika dulu. Kalau dalam bahasa Hindi, Dilwale ini membawa maksud berani. Filem itu cukup meletup sebab ada gandingan pelakon hebat iaitu Kajol dan Shah Rukh Khan. Sambil layan filem Bollywood itu, korang boleh la makan sekali dengan biskut Dilwale ini.

 

Jalinan Keju

Jalinan Keju 2

Sudah jadi kebiasaan bila tibanya sambutan hari raya Aidilfitri, semua ahli keluarga akan pulang ke kampung untuk sambut perayaan ini bersama sambil mengeratkan jalinan kasih antara satu sama lain yang lama terpisah. Ada kaitan ke balik kampung dengan kuih ini?

Kuih ini yang dihiasi dengan parutan keju di bahagian atasnya sebenarnya melambangkan hubungan dan tali persaudaraan yang kita ada. Selain itu, kuih ini melambangkan asas prinsip dan pegangan yang mengukuhkan tali persaudaraan yang terjalin. So, kalau korang ada perselisihan faham dengan ahli keluarga yang belum selesai, ajaklah dia makan kuih Jalinan Keju ini. Very the tiber tau ajak makan kuih raya waktu tengah bergaduh.

 

Tatahan Nilam Sari

Dsc08953

Cantik betul nama kuih ni ye.

Walaupun nama kuih ini agak klasik dan puitis, korang jangan tersalah faham pula takut ada yang kaitkan kuih ini dengan puteri kayangan daripada cerita klasik Nordin Ahmad yang jadi kegemaran ramai. Sebenarnya, kuih ini diberi nama Tatahan Nilam Sari sebab bentuk kuih ini kelihatan seperti batu permata yang dilekatkan pada mahkota diraja. Buah ceri dan kacang pula dianggap seperti batu delima dan batu bernilai lain.

Tak sangka kan yang kuih-kuih yang kita makan selama ni ada sejarah dia. Itulah, selama ni ingat kuih-kuih yang wujud ini hanya untuk makan je. Lepas ni sambil korang tengah membawang dengan makcik-makcik kat depan TV tu, hidangkanlah kuih-kuih ini dan biarlah nama di sebalik kuih itu kekal rahsia bak kata Siti Nurhaliza, biarlah rahsia. Tiberrrr.

 

Sumber: Butterkicap

Baca: Ini 4 Resipi Kuih Raya Popular Dan Mudah Untuk Korang Cuba Tahun Ini!

Inf

Sumber: Butterkicap
Sumber: Butterkicap
Sumber: malaysiarowu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.